Tuesday 21 December 2010

FASCINATING PENANG


Place of Interest
Nature and Adventure 
Penang
. Acheen Street Mosque
. Balik Pulau
. Balik Pulau kampung houses
. Batu Maung Fishing Village
. Botanic Gardens
. Butterfly Farm
. Cheah Kongsi
. Cheong Fatt Tze Mansion
. China Town
. City Hall, Esplanade
. Clock Tower
. Dharmikarama Burmese Temple
. Dr. Sun yat sen's Penang base
. Forestry Museum
. Fort Cornwallis
. Goddess of Mercy Temple
. Kampung Seronok
. Kapitan Kling Mosque
. Kek Lok Si Temple
. Khoo Kongsi Temple
. Komtar Building
. Orchid & Hibiscus Garden

. Nagore Shrine
. Nattukkotai Temple
. P.Ramlee's House
. Penang Bridge
. Penang Hill
. Penang Museum and Art Gallery
. Pinang Cultural Center
. USM Museum and Art Gallery
. Snake Temple
. Sri Mariamman Temple
. St George Church
. State Assembly Buildings
. State Mosque
. Wat Chaiya Mangkalaram
. Yap Kongsi Temple
. Youth Park

INFO: PUSAT LATIHAN (GROOMING) DAN CARIAN KERJA OLEH KERAJAAN


Tahukah anda bahawa pihak Kerajaan Malaysia meyediakan Latihan samada secara individu atau berkolompok untuk para graduan yang berminat dan mempunyai keazaman untuk mempertingkatkan keterampilan diri bagi menghadapi temuduga kerja.
Sila layari : Jabatan Tenaga Kerja

Selain itu, portal carian kerja juga disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia untuk kemudahan semua.
Sila layari : JobsMalaysia

Friday 17 December 2010

PERSARAAN VS GAYA HIDUP


Terpanggil untuk membicarakan isu ini memandangkan banyak tulisan-tulisan atau gesaan-gesaan yang menekankan pentingnya persediaan untuk hari persaraan atau dalam kata lain hari di mana kita tidak lagi bekerja untuk mendapatkan wang gaji bulanan. Kepada yang telahpon bersara atau tak akan bersara... just for info. Boleh disampaikan kepada anak-anak atau sedara-mara.

Berbeza dengan ahli perniagaan. Persaraan bagi dia mungkin bilamana dia menyerahkan urusan perniagaan kepada orang yang dia percayai. Perlu diingat kepada anak-anak kepada ahli-ahli perniagaan di luar sana bahawa jangan berada di zon selesa dengan menyangka bahawa daddy anda akan menyerahkan empayar perniagaannya kepada anda. Bergantung kepada bagaimana hubungan anda dengan daddy anda. Anda faham maksud saya kan?

Saya nak memberikan sedikit pendapat peribadi saya berkenaan isu ini. Bagi saya, isu wang simpanan samada mencukupi, atau samada banyak atau tidak pada waktu persaraan kita bergantung juga kepada gaya hidup seseorang.

Sebagai contoh, si A mempunyai wang sebanyak RM1 juta pada tahun persaraannya katalah dia berumur 50 tahun dan si B hanya mempunyai wang sebanyak RM700 ribu pada umur bersara juga 50 tahun.

Katakan si A berjawatan dan mempunyai gaya hidup yang begitu moden. Sebagai contoh dengan selalu berkunjung ke pusat-pusat hiburan, meminum arak, merokok, bepacaran (walaupon mungkin sudah beristeri) dan sebagainya lagi.

Dan si B pulak mempunyai gaya hidup yang amat simple atau sederhana dan tidak merokok, tidak meminum arak malah selalu bersenam untuk menjaga kesihatan diri.

Daripada dua contoh di atas kita dah boleh ketahui siapakah yang mempunyai gaya hidup berkualiti dan apakah ada perbezaan antara nilai wang persaraan mereka.

Mungkin anda berkata ohh!! sudah tentu si A akan hidup lebih senang berbanding si B selepas bersara dengan mengambilkira jumlah wang yang dia ada. Namun, perlu diingat bahawa mungkin si A pada usia itu mengalami kesulitan hidup dari segi aspek kesihatan ekoran daripada gaya hidupnya semasa muda dan banyak wang dibelanjakan untuk tujuan perubatan. Manakala si B pulak sebaliknya.

Sebagai kesimpulannya, jangan hanya memikirkan berapa banyak wang kita ada untuk hari persaraan tetapi hendaklah juga mengambilkira aspek-aspek lain seperti tahap kesihatan anda pada masa itu. Kesihatan kita pada hari esok bergantung kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Kalau kita memakan cili yang banyak hari ini sudah tentu kita akan merasa kelainan pada hari esok. Mungkin perut tidak selesa dan selalu ke bilik air. Malah mungkin tidak sampai hari esok tetapi pada malam nanti anda sudah pon merasa kesannya.

Fikir-fikirkan!!

Thursday 16 December 2010

AWAS!! FIREFOX ADD-ON 'FIRESHEEP' MENDEDAHKAN PASSWORD ANDA


Sila berhati-hati apabila memuat turun dan meggunakan add-on ini kerana anda terdedah kepada penggodam. Sila klik link di bawah untuk maklumat selanjutnya.

Firesheep mendedahkan password anda

Wednesday 15 December 2010

FOOD, BODY AND MIND


Refreshment :
Food can have a powerful effect on your emotional and your mental state.
It can influence your mood, memory and sense of stability and calm.
Achieving a feeling of well-being means getting the right balance.
Choosing certain foods will certainly make you feel better, but you may also need to make other adjustment.
Exercise will enhance your physical and psychological health, and making time to relax will help to deal with the effects of pressure.

Be healthy!

Saturday 11 December 2010

PANGGILAN PERCUMA TANPA HAD - PREPAID JUST 015

Sample Starter Pack Prepaid Just 015 berharga RM50

Revolusi komunikasi bakal dihangatkan lagi dengan produk yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.


PREPAID JUST 015 bakal mewarnai hidup anda dengan PANGGILAN PERCUMA TANPA HAD KE TALIAN YANG SAMA tanpa menukar sim kad anda yang sedia ada. Hanya perlu memuat turun dialer melalui arahan yang akan disertakan di dalam Starter Pack.


Prepaid tanpa sim kad ini dibangunkan dengan revolusi teknologi canggih dan terkini. Meriahkan tahun baru 2011 anda dengan panggilan percuma kepada kaum keluarga dan sahabat handai yang menggunakan talian Prepaid Just 015.


Reload Coupon


Reload Coupon bermula daripada RM10, RM30, RM50 dan RM100 dengan tarikh luput lebih lama.


Panggilan ke talian lain adalah pada charge RM.15 sen pada bila-bila masa sepanjang masa.


Iklan Prepaid Just 015 di Metro pada 30 Dis 2010


Nantikan info selanjutnya...

PENGAMBILAN MAKANAN BERKHASIAT




Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.

Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat. Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?

Terlalu banyak lemak dan kolesterol
Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.

Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung. Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.

Terlalu banyak gula
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.

Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

Terlalu banyak garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Terlalu sedikit serat
Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.

Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.

Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak. Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.

SUMBER: UTUSAN PENGGUNA

Anda mungking menyukai artikel ini. Klik link di bawah.

Berkenaan Organ HATI - Fakta dan Penyakit Berkaitan

Thursday 9 December 2010

Resepi Masakan Ketam

Ketam memang sedap dimakan. Apatah lg jika dimasak dgn sedap. Berikut adalah antara resepi masakan ketam.


1. Ketam Lemak Cili Api


Bahan-bahan:


3 ekor ketam saiz sederhana besar - bersihkan, buang perisainya dan belah 2
2 batang serai - diketuk-ketuk
200 ml santan UHT tanpa kolestrol (santan segera kotak kecil)
2 keping asam keping(asam gelugur)
Garam halus secukup rasa


Bahan kisar:
1 biji bawang besar saiz kecil
12 tangkai cili api (lebihkan jika suka pedas)
2 cm kunyit hidup, buang kulitnya
2 sudu makan garam kasar
200 ml air


Cara penyediaan:
  1. Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam pengisar (blender). Kisar sehingga halus.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama dengan serai, santan dan asam keping. Panaskan di atas api sederhana sambil dikacau untuk mengelakkan santan menjadi berketul-ketul.
  3. Setelah bahan-bahan dalam periuk mula mendidih, masukkan ketam. Kacau sekali sekala sehingga ketam masak. Ketam adalah masak setelah warnanya bertukar menjadi warna oren/jingga.
  4. Rasa masin kuah, jika kurang masin, masukkan garam halus secukup rasa. Kacau hingga garam rata. Biarkan mereneh seketika dan tutup api.
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi. Sedap juga dimakan bersama sayur salad sebagai ulaman.


Sumber: resepi4u.com


2. Ketam Masak Lada Hitam


Bahan-bahan:

2 ekor ketam - sederhana besar
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 labu bawang besar - hiris halus
40 gram halia - hiris halus
1 tangkai cili merah - hiris
50 gram sos lada hitam
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
1 biji telur - pukul sedikit
1 sudu lada hitam - ditumbuk
1 sudu teh minyak bijan
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara Penyediaan:


Rebuskan ketam hingga masak, tos dan ketepikan.

Panaskan minyak minyak masak, tumis bawang putih, bawang besar, halia dan cili yang
dihiris halus. Kemudian masukkan sos lada hitam, kicap cair, kicap pekat dan lada hitam. Kacau hingga rata.

Masukkan ketam, minyak bijan, garam secukup rasa dan telur. Gaul rata dan biarkan mereneh. Tutup api dan hidangkan.

sumber : sajionline



3. Ketam Kukus


Bahan-bahan:
1 kg ketam – Buang perisainya dan belah 2

Sos:
6 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih – tumbuk/kisar bersama cili
1 sudu teh cuka
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Kukus ketam dalam pengukus hingga masak.
2. Sediakan sos. Campurkan kesemua bahan sos dan kacau. Tambahkan secwan air jika sos terlalu pekat.
3. Hidangkan ketam panas-panas bersama sos.



Sumber: resepi4u.com


4. Ketam Bercili


Bahan-bahan:
a) 1 kg ketam – buang perisainya, bersihkan dan potong 2
b) 1 batang serai
c) 10 bawang merah (kecil)
d) 6 ulas bawang putih
e) 2 cm halia
f) 2 cm kunyit
g) 3 cm lengkuas
h) 2 cm belacan
i) 15 cili kering
j) 2 sudu makan asam jawa – campurkan dengan ½ cawan air dan tapis
k) Garam dan gula secukup rasa
l) ½ cawan minyak masak

Cara penyediaan:
1. Tumbuk/kisar bahan (b) hingga (c) bersama-sama.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yamg telah ditumbuk/kisar hingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
4. Masukkan ½ cawan air dan biarkan mereneh.
5. Masukkan ketam dan gaul rata dengan bahan-bahan dalam kuali. Biarkan hingga ketam masak. Kuahnya akan menjadi sedikit kering.
6. Hidangkan bersama nasi.



Sumber: resepi4u.com


5. Kari Ketam


Bahan-bahan:

600 gram ketam
10 bawang meraf — hiris
5 ulas bawang putih — hiris
3 sudu teh serbuk kari ikan
2 tangkai daun kari
300 gram kelapa parut
Garam dan serbuk perisa secukup rasa
Minyak masak secukupnya

 Cara Penyediaan:

1. Bersihkan ketam dan belah kepada 2 bahagian jika terlalu besar.
2. Campurkan serbuk kari dengan sedikit air menjadi paste pekat.
3. Panaskan 2 sudu makan minyak masak dalam periuk dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
4. Masukkan paste serbuk kari, masak hingga naik bau kari.
5. Dapatkan 2 cawan santan dari kelapa parut, ½ cawan santan pekat dan 1 ½ cawan santan cair.
6. Masukkan santan cair ke dalam peiuk. Masak hingga mendidih.
7. Masukkan ketam, daun kari, garam dan serbuk perisa secukup rasa.
8. Setelah ketam masak (ketam bertukar warna menjadi kemerahan), masukkan santan pekat dan kecilkan api.
9. Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tutup api.

Sedia dihidangkan bersama nasi.



Sumber: resepi4u.com


SELAMAT MENCUBA

Monday 6 December 2010

Kenapa aku suka BlackBerry


mungkin dah ramai yg pakai blackberry sekarang
aku cuma nak kongsi sedikit sebanyak keistimewaan blackberry berdasarkan pengalaman memakainya

antara kebaikan blackberry:-
1. sangat berguna untuk berkomunikasi melalui email dan messenger
-blh set sehingga 10 email
-YM
-Gtalk
-MSN
-ICQ
-Blackberry messenger dan lain-lain

alert sound utk setiap email yg berlainan blh di setkan termasuklah sms
juga blh utk filter email mana yg kita nak dan tak nak masuk ke blackberry melalui blackberry server
cth: http://www.maxis.blackberry.com

2. sms blh diforwardkan ke email

3. social networking - fb, twitter, dll

4. mobile banking - cimbclicks, maybank2u dll

5. aps syarikat penerbangan - airasia, firefly, lufthansa, malaysia airlines (mobile web) dll

6. camera, video, bluetooth, wifi dll

7. keypad qwerty - mudah dan cepat untuk menaip

8. dan lain-lain lagi - sila kongsi sekiranya ada..... ;-)