Mungkin ada antara kita yang masih tidak mendapat info yang jelas berkenaan AHB yang mempunyai dana sebanyak RM1b. Anda tidak perlu lagi bergegas ke Maybank untuk mendapatkan info asas sebab semuanya ada di sini. Berikut adalah Soalan-soalan Lazim berkenaan AHB.
---
1. MENGENAI AHB
1.1 Apakah Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) ?
AHB merupakan unit amanah saham berlandaskan Syariah yang akan membuat pelaburan terutamanya di dalam pemilikan benefisial hartanah-hartanah komersial yang terletak di pelbagai lokasi utama di Malaysia. AHB mempunyai saiz dana permulaan sebanyak 1 billion unit dan unit sedia ada ini adalah untuk dimiliki oleh pelabur-pelabur Bumiputera dengan harga RM1.00 melalui mana-mana cawangan Maybank.
AHB pada masa ini, disandarkan oleh lima hartanah-hartanah komersial perdana yang disewakan dan hartanah-hartanah komersial perdana tersebut memperolehi aliran tetap pendapatan melalui sewa yang dikenakan.
AHB ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelabur-pelabur Bumiputera agar dapat turut serta mengambil bahagian di dalam memiliki hartanah-hartanah komersial perdana melalui pemegangan unit di AHB.
1.2 Apakah objektif pelaburan AHB?
Objektif pelaburan AHB adalah untuk memberi peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang berterusan dan konsisten di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit.
1.3 Siapakah yang layak untuk melabur di dalam AHB?
Berikut adalah senarai Bumiputera Malaysia yang layak melabur di dalam AHB:
- Akaun Kanak-kanak/Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi pihak kanak-kanak/remaja berumur 3 bulan sehingga 18 tahun ke bawah; dan
- Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
1.4 Apakah kelebihan yang diperolehi dengan melabur di dalam AHB?
- Pelaburan adalah disandarkan kepada hartanah-hartanah perdana di pelbagai lokasi utama di Malaysia
- Pelaburan AHB telah disahkan sebagai patuh Syariah
- Pengurusan yang profesional dan berpengalaman
- Mampu dimiliki kerana tidak memerlukan modal permulaan yang besar
- Hak dan kepentingan pemegang unit diawasi oleh AmanahRaya Trustee Berhad, sebagai pemegang amanah
- Pelaburan jangka panjang yang berpeluang menjana pulangan yang kompetitif
- Rangkaian cawangan-cawangan Maybank yang meluas di seluruh negara
2. MELABUR DI DALAM AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA
2.1 Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya berminat untuk melabur di dalam unit amanah AHB?
Anda perlu membaca serta memahami isi kandungan Prospektus yang telah didaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti, sebelum membuat sebarang pelaburan.
Naskah-naskah Prospektus dan borang pendaftaran boleh didapati di mana-mana cawangan Maybank di Malaysia.
Download Sample Borang Pendaftaran AHB - Akaun Dewasa
Download Sample Borang Pendaftaran AHB - Akaun Kanak-kanak / Remaja
Download Sample Borang Pelaburan Tambahan AHB
2.2 Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya ingin membeli unit Amanah AHB?Download Sample Borang Pendaftaran AHB - Akaun Kanak-kanak / Remaja
Download Sample Borang Pelaburan Tambahan AHB
Anda boleh membeli unit-unit amanah AHB di mana-mana cawangan Maybank di seluruh Malaysia di hari bekerja* pada waktu pejabat. Sekiranya anda mengunjungi mana-mana cawangan Maybank, anda adalah dinasihati untuk:
- Meminta bantuan di Kaunter Pertanyaan
- Anda akan dirujuk kepada Eksekutif Kewangan (FE) di cawangan Maybank untuk keterangan lanjut mengenai AHB
- Isi "Borang Pendaftaran - Akaun Dewasa" atau "Borang Pendaftaran - Akaun Kanak-kanak/Remaja", mana-mana yang berkaitan dengan anda
- (Sila ambil perhatian bahawasanya anda diperlukan untuk memberi butiran akaun bank anda di dalam borang pendaftaran bagi tujuan pembayaran dividen (sekiranya ada). Sebarang pembayaran dividen akan dibuat melalui akaun bank anda. Bagi akaun selain Maybank, anda akan dikenakan caj minima sebagai kos transaksi sekiranya pembayaran dividen dibuat. Sebagai pilihan, anda boleh membuka akaun baru di Maybank dengan deposit minima sebanyak RM10).
- Hantar borang yang telah dilengkapi, kad pengenalan atau Mykid/sijil kelahiran yang asal (untuk kanak-kanak yang berumur 3 bulan sehingga 18 tahun) dan pembayaran di dalam bentuk tunai/cek bank di kaunter. Sejurus urusan permohonan anda selesai, anda akan diberi salinan "Borang Pendaftaran" yang telah disahkan sebagai bukti pelaburan yang telah anda buat
Nota:- *Definisi "hari bekerja" adalah seperti yang dinyatakan di dalam prospektus
(Petikan dari prospektus muka surat viii: Business Day : A day (excluding Saturday, Sunday and Public Holiday) on which commercial banks are open for business in Kuala Lumpur, Malaysia)
(Petikan dari prospektus muka surat viii: Business Day : A day (excluding Saturday, Sunday and Public Holiday) on which commercial banks are open for business in Kuala Lumpur, Malaysia)
2.3 Berapakah harga seunit AHB?
Harga seunit AHB adalah ditetapkan pada RM1.00.
2.4 Berapakah pelaburan minimum, maksimum dan pelaburan tambahan minimum yang dibenarkan?
Pelaburan permulaan adalah sebanyak RM500 dan pelaburan tambahan minimum adalah serendah RM100.
Pelaburan maksima bagi individu Bumiputera yang layak melabur adalah sebanyak RM200,000.
2.5 Berapakah jumlah minima untuk jualan balik unit AHB?
Jumlah minima bagi jualan balik unit AHB adalah RM500. Anda boleh menjual balik unit AHB dengan mengisi "Borang Jualan Balik" di kaunter.
(Sila ambil perhatian bahawasanya jumlah lebihan unit daripada permintaan jualan balik AHB yang berada di akaun anda mestilah tidak kurang daripada RM500. Sekiranya kurang dari jumlah tersebut, anda akan dikehendaki untuk menjual balik kesemua lebihan unit anda dan seterusnya akaun anda akan ditutup)
2.6 Berapa kerapkah saya boleh menjual balik unit pelaburan AHB saya?
Penjualan balik unit AHB hanya dibenarkan sekali setiap bulan kalendar.
2.7 Apakah cara pembayaran yang dibenarkan untuk melabur di dalam AHB?
Sama ada melalui tunai atau cek bank (pembayaran melalui cek peribadi adalah tertakluk kepada cek yang telah ditunaikan).
2.8 Adakah saya akan diberikan buku simpanan atau sijil semasa membuat pelaburan?
Pelaburan anda dibuktikan melalui salinan "Borang Pendaftaran" yang telah disahkan sewaktu pembelian unit AHB di Maybank. Data peribadi anda akan disimpan dan dipelihara melalui "Maybank Automated Retails System".
Sementara itu, penyata pelaburan anda akan dikeluarkan setiap enam bulan. Anda juga boleh meminta penyata pelaburan anda dicetak di mana-mana cawangan Maybank dengan memberi kad pengenalan anda sebagai dokumen pengesahan.
2.9 Berapa kerapkan pengagihan pendapatan AHB?
Pengagihan pendapatan, sekiranya ada, akan dibuat dua kali setahun.
2.10 Berapakah pulangan untuk pelaburan di dalam unit AHB?
Pulangan adalah kompetitif dan bertujuan untuk memberi pulangan yang lebih baik daripada pulangan 12-bulan Akaun Pelaburan Am-i di Maybank Islamic Berhad.
2.11 Adakah pengagihan dapat dilabur semula?
Secara amnya, pengagihan pendapatan akan dibayar melalui tunai ke dalam akaun bank anda. Walau bagaimanapun, pemegang unit adalah dibenarkan untuk membuat pelaburan semula tertakluk kepada ketersediaan unit-unit.
2.12 Adakah pemegang unit akan dikenakan yuran atau caj ke atas jualan/belian balik?
Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan. Anda boleh membeli dan menjual balik unit pada harga tetap iaitu RM1.00 seunit.
2.13 Adakah AHB mempunyai tempoh matang?
AHB tidak mempunyai tempoh matang. Tempoh jangka masa AHB adalah tidak ditetapkan dan tertakluk kepada kandungan Surat Ikatan Amanah.
2.14 Bolehkah saya membuat permohonan pindahan unit?
Pindahan unit adalah tidak dibenarkan melainkan bagi tujuan-tujuan berikut:
(i) pindahan unit kepada dan daripada Penaja; atau
(ii) pindahan unit kepada pemegang amanah, pentadbir atau wasi kepada estet pemegang unit yang telah meninggal dunia, yang layak untuk didaftarkan sebagai pemegang unit.
2.15 Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai unit-unit AHB ini?
Anda boleh menghubungi Pengurus Pelaburan AHB di nombor 03-2297 7888 atau mana-mana cawangan Maybank seperti yang disenaraikan di prospektus AHB.
---
Pesanan: Sila sediakan salinan Kad Pengenalan anda atau individu di bawah jagaan anda sekiranya ingin membeli unit-unit AHB bagi mempercepatkan urusan di kaunter.
Dipetik dari prospektus:-
Lease Assets : The beneficial ownership of the following real estate:
Lain-lain Info
Manager : Mayban Investment Management Sdn Bhd (421779-M)
Company Secretary of The Manager : Ruhaizat Bin Ehwan (LS0007091)
Sponsor : Pelaburan Hartanah Berhad (732816-U)
Trustee : AmanahRaya Trustees Berhad (766894-T)
Tax Adviser : Messrs. PricewaterhouseCoopers Taxation Services Sdn Bhd (464731-M)
Legal Adviser : Messrs. Shahrizat Rashid & LeeAuditor : Messrs. Ernst & Young (AF0039)
Financial Year End : 30 September
Download AHB FAQ in English Version
Agihan Pendapatan
Belum ada sebarang pengagihan AHB. Data akan dikemas kini selepas agihan dibuat.
Agihan pendapatan dikira berdasarkan kepada Jumlah Purata Baki Minimum pelaburan pada tempoh pengiraan pendapatan.
Contoh Pengiraan :-
> katakan tempoh pengiraan pendapatan daripada bulan April - Sept (6 bulan)
April
Minggu 1 - anda melaburkan sejumlah RM1,000
Minggu 2 - anda menambah pelaburan sebanyak RM500. Pelaburan anda bertambah = RM1,500
Minggu 3 - anda mengeluarkan sebanyak RM800. Baki pelaburan = RM700 (1,500-800)
Minggu 4 - anda menambah pelaburan sebanyak RM1,000. Baki keseluruhan = RM1,700
*baki minimum pelaburan anda pada bulan April = RM700
Mei
Minggu 1 - baki pelaburan bawa ke hadapan = RM1,700
Julai
Minggu 1 - baki pelaburan bawa ke hadapan = RM1,700
Ogos
Minggu 1 - baki pelaburan bawa ke hadapan = RM4,000 dan tiada pengeluaran
*baki minimum pelaburan anda pada bulan April = RM3,500
September
Minggu 1 - baki pelaburan bawa ke hadapan = RM3,500
Oleh yang demikian, Jumlah Purata Baki Minimum untuk tempoh selama 6 bulan ialah:
= (700 +1,700 + 1,700 + 1,700 +3,500 + 3,500) / 6 bulan
= 2,133
Jika agihan adalah sebanyak 4%, maka jumlah pendapatan ialah 2,133 x 4% = 85.32 untuk 6 bulan yang pertama
Agihan adalah dalam bentuk TUNAI dan akan dikreditkan dalam akaun Pemegang Unit
Tiada pelaburan semula akan dilakukan secara automatik - no compounding
Pemegang Unit hendaklah melakukan pembelian unit secara manual di kaunter jika hendak melaburkan semula pulangan yang telah diterima
DOWNLOAD PROSPEKTUS AHB | AHB PROSPECTUS - AKAN DATANG
Iklan AHB di TV
Download Iklan TV - Video 1
Download Iklan TV - Video 2
Download Iklan TV - Video 3
Antara kelebihan AHB ialah pengagihan dividen dua kali setahun berbanding ASB sekali setahun.
Link info AHB dari Akhbar
Berita Harian
Terdapat jugak iklan-iklan di surat-surat khabar dan setiap iklan ada Penafian seperti di bawah:
PENGAGIHAN DIVIDEN
Dipetik dari prospektus:-
Lease Assets : The beneficial ownership of the following real estate:
- Parcel 3C4 Putrajaya - RM260,000,000
- CP Tower - RM175,000,000
- Logistics Warehouse - RM95,000,000
- Wisma Consplant - RM175,000,000
- Tesco Setial Alam - RM95,000,000
Pendapatan daripada hasil sewa aset-aset di atas akan diagih-agihkan kepada pemegang unit dua kali setahun.
Lain-lain Info
Manager : Mayban Investment Management Sdn Bhd (421779-M)
Company Secretary of The Manager : Ruhaizat Bin Ehwan (LS0007091)
Sponsor : Pelaburan Hartanah Berhad (732816-U)
Trustee : AmanahRaya Trustees Berhad (766894-T)
Tax Adviser : Messrs. PricewaterhouseCoopers Taxation Services Sdn Bhd (464731-M)
Legal Adviser : Messrs. Shahrizat Rashid & Lee
Financial Year End : 30 September
Download AHB FAQ in English Version
Agihan Pendapatan
Belum ada sebarang pengagihan AHB. Data akan dikemas kini selepas agihan dibuat.
Agihan pendapatan dikira berdasarkan kepada Jumlah Purata Baki Minimum pelaburan pada tempoh pengiraan pendapatan.
Contoh Pengiraan :-
> katakan tempoh pengiraan pendapatan daripada bulan April - Sept (6 bulan)
April
Minggu 1 - anda melaburkan sejumlah RM1,000
Minggu 2 - anda menambah pelaburan sebanyak RM500. Pelaburan anda bertambah = RM1,500
Minggu 3 - anda mengeluarkan sebanyak RM800. Baki pelaburan = RM700 (1,500-800)
Minggu 4 - anda menambah pelaburan sebanyak RM1,000. Baki keseluruhan = RM1,700
*baki minimum pelaburan anda pada bulan April = RM700
Mei
Minggu 1 - baki pelaburan bawa ke hadapan = RM1,700
Minggu 2 - anda menambah pelaburan sebanyak RM500. Pelaburan anda bertambah = RM2,200
Minggu 3 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
Minggu 4 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
*baki minimum pelaburan anda pada bulan Mei = RM1,700
Jun
Minggu 1 - baki pelaburan bawa ke hadapan = RM2,200
Minggu 2 - anda membuat pengeluaran sebanyak RM500. Pelaburan anda berkurangan = RM1,700
Minggu 3 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
Minggu 4 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
*baki minimum pelaburan anda pada bulan April = RM1,700
Julai
Minggu 1 - baki pelaburan bawa ke hadapan = RM1,700
- anda menambah pelaburan sebanyak RM2,300. Pelaburan anda bertambah = RM4,000
Minggu 2 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
Minggu 3 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
Minggu 4 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
*baki minimum pelaburan anda pada bulan April = RM1,700
Ogos
Minggu 1 - baki pelaburan bawa ke hadapan = RM4,000 dan tiada pengeluaran
Minggu 2 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
Minggu 3 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
Minggu 4 - anda membuat pengeluaran sebanyak RM500. Baki pelaburan anda = RM3,500*baki minimum pelaburan anda pada bulan April = RM3,500
September
Minggu 1 - baki pelaburan bawa ke hadapan = RM3,500
Minggu 2 - anda menambah pelaburan sebanyak RM1,500. Pelaburan anda bertambah = RM5,000
Minggu 3 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
Minggu 4 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
*baki minimum pelaburan anda pada bulan Mei = RM3,500
Oleh yang demikian, Jumlah Purata Baki Minimum untuk tempoh selama 6 bulan ialah:
= (700 +1,700 + 1,700 + 1,700 +3,500 + 3,500) / 6 bulan
= 2,133
Jika agihan adalah sebanyak 4%, maka jumlah pendapatan ialah 2,133 x 4% = 85.32 untuk 6 bulan yang pertama
Agihan adalah dalam bentuk TUNAI dan akan dikreditkan dalam akaun Pemegang Unit
Tiada pelaburan semula akan dilakukan secara automatik - no compounding
Pemegang Unit hendaklah melakukan pembelian unit secara manual di kaunter jika hendak melaburkan semula pulangan yang telah diterima
DOWNLOAD PROSPEKTUS AHB | AHB PROSPECTUS - AKAN DATANG
Iklan AHB di TV
Download Iklan TV - Video 1
Download Iklan TV - Video 2
Download Iklan TV - Video 3
Antara kelebihan AHB ialah pengagihan dividen dua kali setahun berbanding ASB sekali setahun.
Link info AHB dari Akhbar
Berita Harian
Terdapat jugak iklan-iklan di surat-surat khabar dan setiap iklan ada Penafian seperti di bawah:
Sumber: Berita Harian (Khamis, 13 January 2011)
"Maklumat yang terkandung dalam bahan promosi ini merupakan maklumat am dan tidak mengambil kira objektif, situasi dan keperluan kewangan individu anda. Anda hendaklah berjumpa dengan penasihat profesional anda sendiri sebelum melabur.
Sebelum melabur, anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Prospektus Amanah Hartanah Bumiputera bertarikh 29 November 2010 (tamat pada 28 November 2011) yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Sekuriti. Walaupun telah didaftarkan, Suruhanjaya Sekuriti tidak akan bertanggungjawab di atas segala isi kandungan prospektus. Salinan prospektus boleh diperolehi daripada mana-mana cawangan Malayan Bangking Berhad.
Andalah adalah diingatkan bahawa sebarang pelaburan di dalam mana-mana unit amanah saham akan membawa risiko yang tersendiri. Anda juga hendaklah menimbang segala yuran dan caj yang terlibat sebelum melabur di dalam unit amanah. Pengagihan yang perlu dibayar, jika ada, mungkin akan mengalami kenaikan atau penurunan. Unit-unit amanah, tertakluk kepada unit-unit sedia ada akan diterbitkan selepas penerimaan borang permohonan yang lengkap diisi dan tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung di dalam prospektus."

- Dividen Pertama: 2.17% - dibayar pada 18 Apr 2011
- Dividen Ke-2: