Tuesday, 11 January 2011
Pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat di KIA | AirAsia Skidded
Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia terbabas ke tepi landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) malam semalam.
Untuk berita lanjut... klik di sini
Monday, 10 January 2011
Terima Kasih Boss!!
Takda apa pon..saja nak hepi-hepi sket sebab dapat phone baru dari company.
BlackBerry Curve 3G 9300. Papon tu tandanya komitment untuk company makin bertambah. Kerja makin banyak. Buat kerja pon on-the-go. 24/7.
Terima kasih boss!
Sunday, 9 January 2011
Public Phone punya fasal
Setelah bertahun-tahun tak pakai public phone, hari ni terpaksalah menggunakannya setelah handphone kehabisan bateri. Kebetulan ada temujanji dengan kawan kat Taman Segar Cheras.
Namun amat mendukacitakan apabila hanya pondok telephone yang ke-6 barulah jumpa yang baik dan berfungsi. Penat jugaklah meround satu kawasan kedai kat Taman Segar tu. Dahlah kaki sakit akibat kemalangan dilanggar kereta. Yang herannya, kenapa tidak ada maintenance untuk pondok-pondok telefon yang telah rosak.
Memang tidak dinafikan dah makin ramai orang yang pakai telefon bimbit sekarang tapi takkan pelabur kepada public phone hanya berdiam diri dgn tidak menghiraukan aset yang dilabur.. kepada yang berkenaan sudah-sudahlah merosakkan kemudahan awam tu!!...
BLOGGING BY MILLION, EARN BY MILLIONS
Sekali baca tajuk tu memang sesuatu yang hebat!
Sebenarnya ia adalah tajuk sebuah buku tulisan Laura Maya. Mungkin ada yang sudah membacanya. Kalau belum saya rekemen anda untuk membaca buku ini.
Jika anda suka membaca dalam versi Bahasa Melayu, ianya telah ada dipasaran dengan judul...
"Bagaimanakah Generasi Muda Menjana Pendapatan Melalui Blog, Komited Sepenuhnya Dengan Tugasan Semasa Tanpa Menganggu Kerjaya Mereka"
Sebenarnya ia adalah tajuk sebuah buku tulisan Laura Maya. Mungkin ada yang sudah membacanya. Kalau belum saya rekemen anda untuk membaca buku ini.
"Bagaimanakah Generasi Muda Menjana Pendapatan Melalui Blog, Komited Sepenuhnya Dengan Tugasan Semasa Tanpa Menganggu Kerjaya Mereka"
Saya telah pon membeli buku ini dalam versi BM dan tak habis pon lagi membacanya. Walaupon terdapat kesalahan tatabahasa atau olahan ayat yang tak berapa baik tapi masih boleh difahami dan banyak input yang anda boleh perolehi daripada buku ini. Saya membelinya dari kedai buku MPH dengan harga RM29.90. Invest some to get more...
Selamat membaca!
Friday, 7 January 2011
CREDIT TO SMART READER KIDS TAMAN IMPIAN PUTRA BANGI
My son started his first day for pre-school or tadika at Smart Reader Kids Taman Impian Putra Bangi last Monday 3 Jan 2011. The learning session started at 8.30am and ended at 12noon. He is 6 years old and was attended pre-school at another place before.
"Ummi, abang seronoklah kat sekolah baru abang"...
He was never said like that before. We were very happy to heard that kind of words out from his mouth. That implies that the method of learning being implement by the Smart Reader Kids is very successive. Thanks to them especially to the teachers at Smart Reader Kids Taman Impian Putra Bangi.
Thursday, 6 January 2011
PENGUMUMAN PENTING!! KUOTA AHB DAH NAK HABIS
Salam sejahtera untuk semua,
Adalah diberitahu bahawa Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang telah dilancarkan dua bulan lepas dengan dana sebanyak RM1 bilion dah nak habis. Maklumat diperolehi pada pagi ini 6 Jan 2011. Kepada sesiapa yang berhajat untuk membeli saham amanah tersebut segeralah ke mana-mana cawangan Maybank yang berhampiran dengan anda.
SELAMAT MELABUR!
Adalah diberitahu bahawa Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang telah dilancarkan dua bulan lepas dengan dana sebanyak RM1 bilion dah nak habis. Maklumat diperolehi pada pagi ini 6 Jan 2011. Kepada sesiapa yang berhajat untuk membeli saham amanah tersebut segeralah ke mana-mana cawangan Maybank yang berhampiran dengan anda.
SELAMAT MELABUR!
Wednesday, 5 January 2011
TIPS MENSTABILKAN CAPAIAN MOBILE BROADBAND ANDA
Tidak dinafikan lagi bahawa mobile broadband tersangatlah popular pada hari ini. Namun, di sesetengah kawasan capaian mungkin tidak stabil atau dalam kata lain ianya selalu drop. Ini disebabkan oleh coverage data di kawasan itu yang selalu berubah-ubah dari EDGE ke 3G ke HSDPA dan sebaliknya.
Saya nak kongsi satu tips yang mungkin berguna untuk anda. Kalau pon tidak menstabilkan sepenuhnya capaian broadband anda tetapi sekurang-kurangnya peralihan daripada peringkat-peringkat data seperti yang saya sebutkan tadi tidaklah terlalu kerap dan mungkin menganggu anda. Ini kerana perubahan dari satu level ke satu level akan memutuskan talian anda. Contohnya dari EDGE ke 3G, apabila peralihan berlaku maka akan terputuslah capaian internet buat sementara waktu. Mungkin selama beberapa minit atau berminit-minit.
Tips yang saya maksudkan ialah dengan mengekalkan kedudukan network anda. Tetapi sebelum itu anda perlulah memantau terlebih dahulu capaian yang anda rasa lebih stabil dan kebiasannya kita akan dapati bahawa capaian EDGE akan lebih stabil apabila berlaku peralihan yang kerap daripada EDGE ke 3G ke HSDPA. Kalau tidak pon anda perlulah mencuba mana-mana jenis network terlebih dahulu.
Gambarajah di atas menunjukkan jenis-jenis network yang anda boleh pilih. Maka dalam situasi capaian yang tidak begitu stabil bagi 3G dan HSDPA maka bolehlah anda kekalkan kedudukan capaian pada peringkat GPRS/EDGE sahaja.
Selamat mencuba!
Tuesday, 4 January 2011
NILAI FACEBOOK MELONJAK KEPADA RM153 bilion
New York, 3 Jan 2011
Nilai Facebook melonjak kepada RM153 bilion apabila Goldman Sachs dan pelabur lain menawarkan dana sebanyak RM6 bilion.
Nilai baru Facebook ini melebihi nilai Time Warner dan Yahoo dan hampir dua kali ganda nilai Google semasa tawaran umum (IPO) pada tahun 2004.
Berita selanjutnya...
Nilai Facebook melonjak kepada RM153 bilion apabila Goldman Sachs dan pelabur lain menawarkan dana sebanyak RM6 bilion.
Nilai baru Facebook ini melebihi nilai Time Warner dan Yahoo dan hampir dua kali ganda nilai Google semasa tawaran umum (IPO) pada tahun 2004.
Berita selanjutnya...
TAHUKAH ANDA : PENGGUNA INTERNET BERBAHASA CINA MELEBIHI PENGGUNA INTERNET DALAM BAHASA INGGERIS
Statistik terbaru menunjukkan bahawa 450 juta pengguna internet di China melayar website berbahasa Cina. Jumlah ini melebihi satu per tiga daripada populasi di tanah besar China itu sendiri.
Manakala pengguna internet di Amerika Syarikat hanya pada tahap separuh daripada jumlah tersebut.
Walau bagaimanapun, lebih daripada 60,000 laman web telah di senaraikan sebagai laman yang berunsur negatif atau mendatangkan kemudaratan dari aspek politik. Manakala website seperti Facebook, YouTube dan Twitter masih berfungsi tetapi pada tahap yang minima (off-limit) dan sering dipantau oleh pihak kerajaan.
Para pengkaji meramalkan bahawa kurang daripada lima tahun bahasa Cina akan melonjak sebagai bahasa yang paling popular di internet.
Subscribe to:
Posts (Atom)





