Friday, 17 December 2010

PERSARAAN VS GAYA HIDUP


Terpanggil untuk membicarakan isu ini memandangkan banyak tulisan-tulisan atau gesaan-gesaan yang menekankan pentingnya persediaan untuk hari persaraan atau dalam kata lain hari di mana kita tidak lagi bekerja untuk mendapatkan wang gaji bulanan. Kepada yang telahpon bersara atau tak akan bersara... just for info. Boleh disampaikan kepada anak-anak atau sedara-mara.

Berbeza dengan ahli perniagaan. Persaraan bagi dia mungkin bilamana dia menyerahkan urusan perniagaan kepada orang yang dia percayai. Perlu diingat kepada anak-anak kepada ahli-ahli perniagaan di luar sana bahawa jangan berada di zon selesa dengan menyangka bahawa daddy anda akan menyerahkan empayar perniagaannya kepada anda. Bergantung kepada bagaimana hubungan anda dengan daddy anda. Anda faham maksud saya kan?

Saya nak memberikan sedikit pendapat peribadi saya berkenaan isu ini. Bagi saya, isu wang simpanan samada mencukupi, atau samada banyak atau tidak pada waktu persaraan kita bergantung juga kepada gaya hidup seseorang.

Sebagai contoh, si A mempunyai wang sebanyak RM1 juta pada tahun persaraannya katalah dia berumur 50 tahun dan si B hanya mempunyai wang sebanyak RM700 ribu pada umur bersara juga 50 tahun.

Katakan si A berjawatan dan mempunyai gaya hidup yang begitu moden. Sebagai contoh dengan selalu berkunjung ke pusat-pusat hiburan, meminum arak, merokok, bepacaran (walaupon mungkin sudah beristeri) dan sebagainya lagi.

Dan si B pulak mempunyai gaya hidup yang amat simple atau sederhana dan tidak merokok, tidak meminum arak malah selalu bersenam untuk menjaga kesihatan diri.

Daripada dua contoh di atas kita dah boleh ketahui siapakah yang mempunyai gaya hidup berkualiti dan apakah ada perbezaan antara nilai wang persaraan mereka.

Mungkin anda berkata ohh!! sudah tentu si A akan hidup lebih senang berbanding si B selepas bersara dengan mengambilkira jumlah wang yang dia ada. Namun, perlu diingat bahawa mungkin si A pada usia itu mengalami kesulitan hidup dari segi aspek kesihatan ekoran daripada gaya hidupnya semasa muda dan banyak wang dibelanjakan untuk tujuan perubatan. Manakala si B pulak sebaliknya.

Sebagai kesimpulannya, jangan hanya memikirkan berapa banyak wang kita ada untuk hari persaraan tetapi hendaklah juga mengambilkira aspek-aspek lain seperti tahap kesihatan anda pada masa itu. Kesihatan kita pada hari esok bergantung kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Kalau kita memakan cili yang banyak hari ini sudah tentu kita akan merasa kelainan pada hari esok. Mungkin perut tidak selesa dan selalu ke bilik air. Malah mungkin tidak sampai hari esok tetapi pada malam nanti anda sudah pon merasa kesannya.

Fikir-fikirkan!!

No comments:

Post a Comment