Thursday, 9 December 2010

Resepi Masakan Ketam

Ketam memang sedap dimakan. Apatah lg jika dimasak dgn sedap. Berikut adalah antara resepi masakan ketam.


1. Ketam Lemak Cili Api


Bahan-bahan:


3 ekor ketam saiz sederhana besar - bersihkan, buang perisainya dan belah 2
2 batang serai - diketuk-ketuk
200 ml santan UHT tanpa kolestrol (santan segera kotak kecil)
2 keping asam keping(asam gelugur)
Garam halus secukup rasa


Bahan kisar:
1 biji bawang besar saiz kecil
12 tangkai cili api (lebihkan jika suka pedas)
2 cm kunyit hidup, buang kulitnya
2 sudu makan garam kasar
200 ml air


Cara penyediaan:
  1. Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam pengisar (blender). Kisar sehingga halus.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama dengan serai, santan dan asam keping. Panaskan di atas api sederhana sambil dikacau untuk mengelakkan santan menjadi berketul-ketul.
  3. Setelah bahan-bahan dalam periuk mula mendidih, masukkan ketam. Kacau sekali sekala sehingga ketam masak. Ketam adalah masak setelah warnanya bertukar menjadi warna oren/jingga.
  4. Rasa masin kuah, jika kurang masin, masukkan garam halus secukup rasa. Kacau hingga garam rata. Biarkan mereneh seketika dan tutup api.
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi. Sedap juga dimakan bersama sayur salad sebagai ulaman.


Sumber: resepi4u.com


2. Ketam Masak Lada Hitam


Bahan-bahan:

2 ekor ketam - sederhana besar
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 labu bawang besar - hiris halus
40 gram halia - hiris halus
1 tangkai cili merah - hiris
50 gram sos lada hitam
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
1 biji telur - pukul sedikit
1 sudu lada hitam - ditumbuk
1 sudu teh minyak bijan
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara Penyediaan:


Rebuskan ketam hingga masak, tos dan ketepikan.

Panaskan minyak minyak masak, tumis bawang putih, bawang besar, halia dan cili yang
dihiris halus. Kemudian masukkan sos lada hitam, kicap cair, kicap pekat dan lada hitam. Kacau hingga rata.

Masukkan ketam, minyak bijan, garam secukup rasa dan telur. Gaul rata dan biarkan mereneh. Tutup api dan hidangkan.

sumber : sajionline



3. Ketam Kukus


Bahan-bahan:
1 kg ketam – Buang perisainya dan belah 2

Sos:
6 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih – tumbuk/kisar bersama cili
1 sudu teh cuka
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Kukus ketam dalam pengukus hingga masak.
2. Sediakan sos. Campurkan kesemua bahan sos dan kacau. Tambahkan secwan air jika sos terlalu pekat.
3. Hidangkan ketam panas-panas bersama sos.



Sumber: resepi4u.com


4. Ketam Bercili


Bahan-bahan:
a) 1 kg ketam – buang perisainya, bersihkan dan potong 2
b) 1 batang serai
c) 10 bawang merah (kecil)
d) 6 ulas bawang putih
e) 2 cm halia
f) 2 cm kunyit
g) 3 cm lengkuas
h) 2 cm belacan
i) 15 cili kering
j) 2 sudu makan asam jawa – campurkan dengan ½ cawan air dan tapis
k) Garam dan gula secukup rasa
l) ½ cawan minyak masak

Cara penyediaan:
1. Tumbuk/kisar bahan (b) hingga (c) bersama-sama.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yamg telah ditumbuk/kisar hingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
4. Masukkan ½ cawan air dan biarkan mereneh.
5. Masukkan ketam dan gaul rata dengan bahan-bahan dalam kuali. Biarkan hingga ketam masak. Kuahnya akan menjadi sedikit kering.
6. Hidangkan bersama nasi.



Sumber: resepi4u.com


5. Kari Ketam


Bahan-bahan:

600 gram ketam
10 bawang meraf — hiris
5 ulas bawang putih — hiris
3 sudu teh serbuk kari ikan
2 tangkai daun kari
300 gram kelapa parut
Garam dan serbuk perisa secukup rasa
Minyak masak secukupnya

 Cara Penyediaan:

1. Bersihkan ketam dan belah kepada 2 bahagian jika terlalu besar.
2. Campurkan serbuk kari dengan sedikit air menjadi paste pekat.
3. Panaskan 2 sudu makan minyak masak dalam periuk dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
4. Masukkan paste serbuk kari, masak hingga naik bau kari.
5. Dapatkan 2 cawan santan dari kelapa parut, ½ cawan santan pekat dan 1 ½ cawan santan cair.
6. Masukkan santan cair ke dalam peiuk. Masak hingga mendidih.
7. Masukkan ketam, daun kari, garam dan serbuk perisa secukup rasa.
8. Setelah ketam masak (ketam bertukar warna menjadi kemerahan), masukkan santan pekat dan kecilkan api.
9. Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tutup api.

Sedia dihidangkan bersama nasi.



Sumber: resepi4u.com


SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Post a Comment