Hati merupakan satu-satunya organ dalaman manusia yang mampu tumbuh semula secara semulajadi selepas kerosakan tisu. Baki sekurang-kurang 25% tisu asal sudah mencukupi untuk tisu tumbuh semula ke saiz asalnya.
Kebanyakan penyakit hati melibat kekuningan (jaundice) akibat peningkatan kandungan bilirubin di dalam badan. Antara gejala lain penyakit hati adalah lidah berselaput, nafas berbau, ruam dan gatal kulit, tompok pigmentasi kulit, peluh berlebihan, bau badan, gelung hitam di bawah mata, mata kemerahan, air kencing pekat, najis berwarna cair dan salur darah yang nyata pada kulit.
Selain itu, masalah hati juga boleh melibatkan gejala masalah penghadaman, gula darah, sistem imuniti dan masalah metabolisme. Pesakit juga boleh menghadapi masalah penyerapan lemak dalam makanan dan kesukaran mengambil makanan berlemak atau berminyak. Masalah hati juga boleh membawa kepada kegusaran, 'otak tepu', tidak dapat menumpu perhatian, badan kepanasan, sakit kepala dan rasa mual.
Masalah hati individu dewasa melibatkan pembengkakan hati akibat jangkitan virus, parasit atau toksin, sirosis (pengerasan hati) dan kanser. Selain itu, masalah pengumpulan besi (haemokromatosis), pengumpulan kuprum (penyakit Wilson), hati berlemak dan beberapa sindrom lain juga boleh menyerang hati. Masalah hati boleh didiagnosis melalui ujian fungsi hati, seperti penghasilan protein-protein seperti enzim dan hormon tertentu.
HIPERTENSI
Juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi adalah satu masalah tekanan darah yang berpanjangan (kronik). Hipertensi kronik merupakan satu faktor risiko untuk strok, serangan jantung, kegagalan fungsi jantung dan aneurisma arteri di samping menjadi punca utama kegagalan fungsi buah pinggang. Antara faktor risiko mengalami hipertensi adalah akibat obesiti, sensitif terhadap pengambilan garam, rintangan insulin (diabetes), faktor genetik (warisan) dan juga umur pesakit. Hipertensi juga boleh berpunca daripada apnea tidur, tumor (ketumbuhan), masalah buah pinggang, sindrom Cushing (penghasilan hormon cortisol berlebihan), pengambilan ubat tertentu atau ketika mengandung.
Walaupun hipertensi sendiri tidak dianggap sejenis penyakit, rawatan amat penting kerana kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap sistem dan organ badan. Antara peningkatan risiko akibat hipertensi adalah kemalangan serebro-vaskular (CVA atau strok), myocardial infarction (serangan jantung), hipertensi kardiomiopati (kegagalan fungsi jantung akibat hipertensi kronik), hipertensi retinopati (kerosakan retina mata), hipertensi nefropati (kerosakan buah pinggang) dan hipertensi ensfalopati (rasa keliru, sakit kepala, konvulsi akibat tekanan tinggi dalam otak).

Hati yang dijangkiti kuman atau virus boleh menyebabkan berlakunya Hepatitis. Seterusnya hati akan membengkak lalu meninggalkan kesan parut atau fibrosis yang menyebabkan berlakunya sirosis. kesan daripada regenerasi sel-sel yang tidak teratur. sekiranya tidak dirawat akan membawa kepada canser seterusnya membawa maut.
ReplyDelete