Sunday, 30 January 2011

ERKK....!! EARTH FOR SALE!!


How much is that?
Pix taken somewhere in Jalan Kajang - Dengkil - Banting

Wednesday, 26 January 2011

Dijamin Keras Besar & Tahan Lama


Wow! Betul ke? Any comments guys?
Sapa pernah cuba? ;-)

Saturday, 22 January 2011

AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA (AHB) OLEH PHB & MAYBANK


Maklumat ini diperolehi daripada brochure yang telah dicetak oleh pihak Permodalan Hartanah Berhad (PHB) dengan kerjasama Maybank. Mudah untuk dirujuk semula pada bila-bila masa.

Mungkin ada antara kita yang masih tidak mendapat info yang jelas berkenaan AHB yang mempunyai dana sebanyak RM1b. Anda tidak perlu lagi bergegas ke Maybank untuk mendapatkan info asas sebab semuanya ada di sini. Berikut adalah Soalan-soalan Lazim berkenaan AHB.
---
1. MENGENAI AHB

1.1 Apakah Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) ?
AHB merupakan unit amanah saham berlandaskan Syariah yang akan membuat pelaburan terutamanya di dalam pemilikan benefisial hartanah-hartanah komersial yang terletak di pelbagai lokasi utama di Malaysia. AHB mempunyai saiz dana permulaan sebanyak 1 billion unit dan unit sedia ada ini adalah untuk dimiliki oleh pelabur-pelabur Bumiputera dengan harga RM1.00 melalui mana-mana cawangan Maybank.

AHB pada masa ini, disandarkan oleh lima hartanah-hartanah komersial perdana yang disewakan dan hartanah-hartanah komersial perdana tersebut memperolehi aliran tetap pendapatan melalui sewa yang dikenakan.

AHB ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelabur-pelabur Bumiputera agar dapat turut serta mengambil bahagian di dalam memiliki hartanah-hartanah komersial perdana melalui pemegangan unit di AHB.

1.2 Apakah objektif pelaburan AHB?
Objektif pelaburan AHB adalah untuk memberi peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang berterusan dan konsisten di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit.

1.3 Siapakah yang layak untuk melabur di dalam AHB?
Berikut adalah senarai Bumiputera Malaysia yang layak melabur di dalam AHB:
  • Akaun Kanak-kanak/Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi pihak kanak-kanak/remaja berumur 3 bulan sehingga 18 tahun ke bawah; dan
  • Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
1.4 Apakah kelebihan yang diperolehi dengan melabur di dalam AHB?
  • Pelaburan adalah disandarkan kepada hartanah-hartanah perdana di pelbagai lokasi utama di Malaysia
  • Pelaburan AHB telah disahkan sebagai patuh Syariah
  • Pengurusan yang profesional dan berpengalaman
  • Mampu dimiliki kerana tidak memerlukan modal permulaan yang besar
  • Hak dan kepentingan pemegang unit diawasi oleh AmanahRaya Trustee Berhad, sebagai pemegang amanah
  • Pelaburan jangka panjang yang berpeluang menjana pulangan yang kompetitif
  • Rangkaian cawangan-cawangan Maybank yang meluas di seluruh negara

2. MELABUR DI DALAM AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA

2.1 Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya berminat untuk melabur di dalam unit amanah AHB?
Anda perlu membaca serta memahami isi kandungan Prospektus yang telah didaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti, sebelum membuat sebarang pelaburan.

Naskah-naskah Prospektus dan borang pendaftaran boleh didapati di mana-mana cawangan Maybank di Malaysia.

2.2 Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya ingin membeli unit Amanah AHB?
Anda boleh membeli unit-unit amanah AHB di mana-mana cawangan Maybank di seluruh Malaysia di hari bekerja* pada waktu pejabat. Sekiranya anda mengunjungi mana-mana cawangan Maybank, anda adalah dinasihati untuk:
  • Meminta bantuan di Kaunter Pertanyaan
  • Anda akan dirujuk kepada Eksekutif Kewangan (FE) di cawangan Maybank untuk keterangan lanjut mengenai AHB
  • Isi "Borang Pendaftaran - Akaun Dewasa" atau "Borang Pendaftaran - Akaun Kanak-kanak/Remaja", mana-mana yang berkaitan dengan anda 
  • (Sila ambil perhatian bahawasanya anda diperlukan untuk memberi butiran akaun bank anda di dalam borang pendaftaran bagi tujuan pembayaran dividen (sekiranya ada). Sebarang pembayaran dividen akan dibuat melalui akaun bank anda. Bagi akaun selain Maybank, anda akan dikenakan caj minima sebagai kos transaksi sekiranya pembayaran dividen dibuat. Sebagai pilihan, anda boleh membuka akaun baru di Maybank dengan deposit minima sebanyak RM10).
  • Hantar borang yang telah dilengkapi, kad pengenalan atau Mykid/sijil kelahiran yang asal (untuk kanak-kanak yang berumur 3 bulan sehingga 18 tahun) dan pembayaran di dalam bentuk tunai/cek bank di kaunter. Sejurus urusan permohonan anda selesai, anda akan diberi salinan "Borang Pendaftaran" yang telah disahkan sebagai bukti pelaburan yang telah anda buat
Nota:- *Definisi "hari bekerja" adalah seperti yang dinyatakan di dalam prospektus

(Petikan dari prospektus muka surat viii: Business Day : A day (excluding Saturday, Sunday and Public Holiday) on which commercial banks are open for business in Kuala Lumpur, Malaysia)

2.3 Berapakah harga seunit AHB?
Harga seunit AHB adalah ditetapkan pada RM1.00.

2.4 Berapakah pelaburan minimum, maksimum dan pelaburan tambahan minimum yang dibenarkan?
Pelaburan permulaan adalah sebanyak RM500 dan pelaburan tambahan minimum adalah serendah RM100.
Pelaburan maksima bagi individu Bumiputera yang layak melabur adalah sebanyak RM200,000.

2.5 Berapakah jumlah minima untuk jualan balik unit AHB?
Jumlah minima bagi jualan balik unit AHB adalah RM500. Anda boleh menjual balik unit AHB dengan mengisi "Borang Jualan Balik" di kaunter.
(Sila ambil perhatian bahawasanya jumlah lebihan unit daripada permintaan jualan balik AHB yang berada di akaun anda mestilah tidak kurang daripada RM500. Sekiranya kurang dari jumlah tersebut, anda akan dikehendaki untuk menjual balik kesemua lebihan unit anda dan seterusnya akaun anda akan ditutup)

2.6  Berapa kerapkah saya boleh menjual balik unit pelaburan AHB saya?
Penjualan balik unit AHB hanya dibenarkan sekali setiap bulan kalendar.

2.7 Apakah cara pembayaran yang dibenarkan untuk melabur di dalam AHB?
Sama ada melalui tunai atau cek bank (pembayaran melalui cek peribadi adalah tertakluk kepada cek yang telah ditunaikan).

2.8 Adakah saya akan diberikan buku simpanan atau sijil semasa membuat pelaburan?
Pelaburan anda dibuktikan melalui salinan "Borang Pendaftaran" yang telah disahkan sewaktu pembelian unit AHB di Maybank. Data peribadi anda akan disimpan dan dipelihara melalui "Maybank Automated Retails System".
Sementara itu, penyata pelaburan anda akan dikeluarkan setiap enam bulan. Anda juga boleh meminta penyata pelaburan anda dicetak di mana-mana cawangan Maybank dengan memberi kad pengenalan anda sebagai dokumen pengesahan.

2.9 Berapa kerapkan pengagihan pendapatan AHB?
Pengagihan pendapatan, sekiranya ada, akan dibuat dua kali setahun.

2.10 Berapakah pulangan untuk pelaburan di dalam  unit AHB?
Pulangan adalah kompetitif dan bertujuan untuk memberi pulangan yang lebih baik daripada pulangan 12-bulan Akaun Pelaburan Am-i di Maybank Islamic Berhad.

2.11 Adakah pengagihan dapat dilabur semula?
Secara amnya, pengagihan pendapatan akan dibayar melalui tunai ke dalam akaun bank anda. Walau bagaimanapun, pemegang unit adalah dibenarkan untuk membuat pelaburan semula tertakluk kepada ketersediaan unit-unit.

2.12 Adakah pemegang unit akan dikenakan yuran atau caj ke atas jualan/belian balik?
Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan. Anda boleh membeli dan menjual balik unit pada harga tetap iaitu RM1.00 seunit.

2.13 Adakah AHB mempunyai tempoh matang?
AHB tidak mempunyai tempoh matang. Tempoh jangka masa AHB adalah tidak ditetapkan dan tertakluk kepada kandungan Surat Ikatan Amanah.

2.14 Bolehkah saya membuat permohonan pindahan unit?
Pindahan unit adalah tidak dibenarkan melainkan bagi tujuan-tujuan berikut:
(i) pindahan unit kepada dan daripada Penaja; atau
(ii) pindahan unit kepada pemegang amanah, pentadbir atau wasi kepada estet pemegang unit yang telah meninggal dunia, yang layak untuk didaftarkan sebagai pemegang unit.

2.15 Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai unit-unit AHB ini?
Anda boleh menghubungi Pengurus Pelaburan AHB di nombor 03-2297 7888 atau mana-mana cawangan Maybank seperti yang disenaraikan di prospektus AHB.
---

Pesanan: Sila sediakan salinan Kad Pengenalan anda atau individu di bawah jagaan anda sekiranya ingin membeli unit-unit AHB bagi mempercepatkan urusan di kaunter.

Dipetik dari prospektus:-
Lease Assets : The beneficial ownership of the following real estate:
  1. Parcel 3C4 Putrajaya - RM260,000,000
  2. CP Tower - RM175,000,000
  3. Logistics Warehouse - RM95,000,000
  4. Wisma Consplant - RM175,000,000
  5. Tesco Setial Alam - RM95,000,000
Pendapatan daripada hasil sewa aset-aset di atas akan diagih-agihkan kepada pemegang unit dua kali setahun.

Lain-lain Info
Manager : Mayban Investment Management Sdn Bhd (421779-M)
Company Secretary of The Manager : Ruhaizat Bin Ehwan (LS0007091)
Sponsor : Pelaburan Hartanah Berhad (732816-U)
Trustee : AmanahRaya Trustees Berhad (766894-T)
Tax Adviser : Messrs. PricewaterhouseCoopers Taxation Services Sdn Bhd (464731-M)
Legal Adviser : Messrs. Shahrizat Rashid & Lee
Auditor : Messrs. Ernst & Young (AF0039)
Financial Year End : 30 September

Download AHB FAQ in English Version

Agihan Pendapatan
Belum ada sebarang pengagihan AHB. Data akan dikemas kini selepas agihan dibuat.
Agihan pendapatan dikira berdasarkan kepada Jumlah Purata Baki Minimum pelaburan pada tempoh pengiraan pendapatan.

Contoh Pengiraan :-
> katakan tempoh pengiraan pendapatan daripada bulan April - Sept (6 bulan)

April 
Minggu 1 - anda melaburkan sejumlah RM1,000
Minggu 2 - anda menambah pelaburan sebanyak RM500. Pelaburan anda bertambah = RM1,500
Minggu 3 - anda mengeluarkan sebanyak RM800. Baki pelaburan = RM700 (1,500-800)
Minggu 4 - anda menambah pelaburan sebanyak RM1,000. Baki keseluruhan = RM1,700
*baki minimum pelaburan anda pada bulan April = RM700

Mei
Minggu 1 - baki pelaburan bawa ke hadapan = RM1,700
Minggu 2 - anda menambah pelaburan sebanyak RM500. Pelaburan anda bertambah = RM2,200
Minggu 3 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
Minggu 4 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
*baki minimum pelaburan anda pada bulan Mei = RM1,700

Jun
Minggu 1 - baki pelaburan bawa ke hadapan = RM2,200 
Minggu 2 - anda membuat pengeluaran sebanyak RM500. Pelaburan anda berkurangan = RM1,700
Minggu 3 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
Minggu 4 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
*baki minimum pelaburan anda pada bulan April = RM1,700


Julai
Minggu 1 - baki pelaburan bawa ke hadapan = RM1,700
               - anda menambah pelaburan sebanyak RM2,300. Pelaburan anda bertambah = RM4,000
Minggu 2 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
Minggu 3 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
Minggu 4 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
*baki minimum pelaburan anda pada bulan April = RM1,700


Ogos
Minggu 1 - baki pelaburan bawa ke hadapan = RM4,000 dan tiada pengeluaran
Minggu 2 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
Minggu 3 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
Minggu 4 - anda membuat pengeluaran sebanyak RM500. Baki pelaburan anda = RM3,500
*baki minimum pelaburan anda pada bulan April = RM3,500

September
Minggu 1 - baki pelaburan bawa ke hadapan = RM3,500
Minggu 2 - anda menambah pelaburan sebanyak RM1,500. Pelaburan anda bertambah = RM5,000
Minggu 3 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
Minggu 4 - anda tidak membuat sebarang pengeluaran
*baki minimum pelaburan anda pada bulan Mei = RM3,500

Oleh yang demikian, Jumlah Purata Baki Minimum untuk tempoh selama 6 bulan ialah:
= (700 +1,700 + 1,700 + 1,700 +3,500 + 3,500) / 6 bulan
= 2,133
Jika agihan adalah sebanyak 4%, maka jumlah pendapatan ialah 2,133 x 4% = 85.32 untuk 6 bulan yang pertama
Agihan adalah dalam bentuk TUNAI dan akan dikreditkan dalam akaun Pemegang Unit
Tiada pelaburan semula akan dilakukan secara automatik - no compounding
Pemegang Unit hendaklah melakukan pembelian unit secara manual di kaunter jika hendak melaburkan semula pulangan yang telah diterima

DOWNLOAD PROSPEKTUS AHB | AHB PROSPECTUS - AKAN DATANG

Iklan AHB di TV
Download Iklan TV - Video 1
Download Iklan TV - Video 2
Download Iklan TV - Video 3

Antara kelebihan AHB ialah pengagihan dividen dua kali setahun berbanding ASB sekali setahun.

Link info AHB dari Akhbar
Berita Harian

Terdapat jugak iklan-iklan di surat-surat khabar dan setiap iklan ada Penafian seperti di bawah:

Sumber: Berita Harian (Khamis, 13 January 2011)

"Maklumat yang terkandung dalam bahan promosi ini merupakan maklumat am dan tidak mengambil kira objektif, situasi dan keperluan kewangan individu anda. Anda hendaklah berjumpa dengan penasihat profesional anda sendiri sebelum melabur.

Sebelum melabur, anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Prospektus Amanah Hartanah Bumiputera bertarikh 29 November 2010 (tamat pada 28 November 2011) yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Sekuriti. Walaupun telah didaftarkan, Suruhanjaya Sekuriti tidak akan bertanggungjawab di atas segala isi kandungan prospektus. Salinan prospektus boleh diperolehi daripada mana-mana cawangan Malayan Bangking  Berhad.
Andalah adalah diingatkan bahawa sebarang pelaburan di dalam mana-mana unit amanah saham akan membawa risiko yang tersendiri. Anda juga hendaklah menimbang segala yuran dan caj yang terlibat sebelum melabur di dalam unit amanah. Pengagihan yang perlu dibayar, jika ada, mungkin akan mengalami kenaikan atau penurunan. Unit-unit amanah, tertakluk kepada unit-unit sedia ada akan diterbitkan selepas penerimaan borang permohonan yang lengkap diisi dan tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung di dalam prospektus."

PENGAGIHAN DIVIDEN
  1. Dividen Pertama: 2.17% - dibayar pada 18 Apr 2011
  2. Dividen Ke-2:


Thursday, 20 January 2011

TIPS UTK MENDAPATKAN TIKET PENERBANGAN MURAH ATAU TAMBANG MURAH


Ramai antara kita yg sudah tahu dan biasa dengar dgn promosi-promosi tiket penerbangan yg murah samada daripada AirAsia, Malaysia Airlines, FireFly, dan lain-lain lg. Tapi mungkin tidak ramai yg begitu serius atau arif dgn kaedah-kaedah utk mendapatkan harga tiket yg paling murah atau setidak-tidaknya pada tahap yg kita mampu. Sebenarnya kita tidak perlu untuk merujuk kepada agent-agent perjalanan atau travel agent utk mendapatkannya.

Di sini saya akan berkongsi sedikit sebanyak apakah kaedah atau tips utk mendapatkan atau mencari tiket-tiket tersebut. Ini terutamanya penerbangan ke luar negara.

1. Membuka akaun atau subscribe ke mailing list mana-mana syarikat penerbangan.
Ini terutamanya syarikat penerbangan yg mendarat ke negara yg bakal kita kunjungi. Ini adalah utk mendapatkan promosi-promosi yg mereka adakan dari semasa ke semasa. Dengan ini, kita blh mendapatkan promosi-promosi terkini dgn cepat melalui email dan mudah bg kita utk membuat perancangan seterusnya.

Perlu di ingat bahawa tidak bermaksud syarikat penerbangan yg berasal daripada negara itu maka harganya lebih murah berbanding syarikat penerbangan luar yg mempunyai hak mendarat di negara itu. Sebagai cth: Malaysia Airlines kadang kala mempunyai harga tiket yg lebih murah berbanding Emirates utk penerbangan ke Dubai.

Mailing list adalah lebih mudah dari segi mendapatkan info terkini berkenaan promosi tambang murah berbanding memeriksa setiap website syarikat penerbangan utk masa-masa tertentu.

2. Memeriksa website yg menghimpunkan semua maklumat harga dan jadual penerbangan.
Contoh website ialah seperti:-
Skyscanner.net




Kayak.com
Orbitz.com

Website di atas akan menyenaraikan hampir semua penerbangan yg terbang ke destinasi yg kita hendak tuju beserta dgn harga. Kita juga boleh menempah tiket-tiket tersebut menggunakan kad kredit.

Melalui website skyscanner.net, anda blh mencari tiket-tiket dgn pelbagai kaedah. Anda blh menggunakan filter samada utk mencari tiket pada tarikh-tarikh tertentu, utk sepanjang bulan, malah utk sepanjang tahun dlm bentuk yg mudah utk dilihat. dan banyak lagi kemudahan yg disediakan di dlm website berkenaan.

Membeli tiket melalui website www.orbitz.com umpamanya lebih murah bagi sektor bukan dari Malaysia. Cth: London Stansted ke Newcastle. Sekiranya kita menggunakan travel agent utk membeli tiket tersebut maka harganya akan atau biasanya lebih tinggi berbanding harga online. Tambahan pula tidak semua travel agent mempunyai akses atau perjanjian dgn syarikat-syarikat penerbangan dari luar Malaysia terutama low cost carrier spt www.EasyJet.com. Dlm situasi ini mereka akan menolak utk mendapatkan tiket tersebut atau paling tidak pon  mereka akan membelinya menggunakan kad kredit dgn mark-up yg mana kita pon blh melakukannya. Jadi, adalah lebih baik jika kita sendiri yang mendapatkannya.

3. Mendapatkan maklumat harga tiket transit.
Perlu diingat bahawa tiket penerbangan terus (direct flight) ke sesuatu destinasi kadangkala lebih mahal daripada tiket transit. Sebagai cth; tiket Singapore-Bangkok ada kemungkinan lebih mahal daripada tiket Singapore-Kuala Lumpur-Bangkok. Kaedah ini mungkin perlu dipertimbangkan.

4. Turun ke airport yg terdekat atau berhampiran.
Ada kemungkinan kos perjalanan kita menjadi lebih murah apabila kita turun ke airport yg berhampiran. Sebagai cth: anda bercadang utk melancong ke Dubai.
-katakan harga penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai sebanyak RM3,000
-manakala tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Abu Dhabi sebanyak RM2,200

Dlm kes ini, pilihan terbaik anda ialah utk turun ke Abu Dhabi. Jarak antara dua airport ini adalah dlm lingkungan 120km dan tambang teksi ke Dubai dari Abu Dhabi adalah sekitar RM120. Oleh itu kos perjalanan anda ke Dubai lebih kurang RM2,320 dgn mendarat di Abu Dhabi. Lebih menyeronokkan apabila anda dapat melihat pemandangan sepanjang perjalanan dari Abu Dhabi ke Dubai. Ini jika perjalanan anda tidak mengejar masa tidak kira untuk tujuan urusan perniagaan atau untuk melancong semata-mata.

5. Membeli tiket dua hala.
Kadang kala tiket dua hala (return ticket) adalah lebih murah berbanding tiket sehala.

Sebagai kesimpulannya, kita sebenarnya mempunyai banyak peluang utk mendapatkan harga tiket yg rendah atau murah. Cuma memerlukan sedikit usaha utk mendapatkannya. Lebih banyak usaha lebih murahlah tiket akan kita temui. Maka lebih banyaklah wang poket kita yg blh digunakan utk bershopping di tempat yg akan kita kunjungi.

6. Mengambil kesempatan atas Promosi Minit-minit Akhir | Last Minutes Deal
Syarikat penerbangan menawarkan tiket-tiket sebegini apabila masih terdapat tempat duduk untuk mana-mana penerbangan.

KAJIAN KES:
PENERBANGAN KUALA LUMPUR (KUL) - DUBAI (DXB)
Oleh kerana ramai yang mencari maklumat berkenaan harga tiket yang murah untuk sektor ini maka saya terpanggil untuk membuat kajian tentang berapakah harga tiket yang paling  murah boleh diperolehi untuk ke Dubai. Tiket adalah untuk dua hala atau return flight.
Dalam pengamatan saya, tiket ke Dubai dari Kuala Lumpur adalah lebih murah apabila menaiki penerbangan transit ke DOHA (DOH) :

QATAR AIRWAYS
KUL-DOH-DXB
DXB-DOH-KUL

Harga adalah dalam lingkungan RM1,820 (return flight).

Manakala jika manaiki EMIRATES atau MALAYSIA AIRLINES yang terbang direct ke Dubai, harganya relatif lebih tinggi. Ianya dalam lingkungan RM2,013 dan ke atas.


Sila rujuk laman web kesemua syarikat penerbangan di atas atau yang lain untuk harga tiket semasa.

----------
Mungkin masih terdapat kaedah-kaedah yg blh digunapakai utk tujuan ini yg anda tahu.
Silalah kongsikan bersama. Sharing is caring.

--
Berikut adalah petikan dari http://savemoney.my/cheap-flights-5-top-tips-when-booking-your-budget-flight/

Cheap Flights – 5 Top Tips when Booking Your Budget Flight

Planning of going on holiday? One of the few things that crops up into your head other than getting your leave approved, is where you want to fly to or whether you have the budget to get there! Booking a flight is sometimes already difficult itself but buying your ticket takes even more guts and determination to ‘confirm your booking.’ Savemoney.my has therefore come up with its 5 top tips for cheap flights to help you reduce the costs of flying and therefore your headache too.

Tip 1 – Book in advance

Unless you are booking package holidays, book flights early. Business flyers will pay top dollar at the last minute, so airlines hike prices. Therefore try to book your flights as soon as possible which could save you hundreds of RMs per flight.

Tip 2 – Use SaveMoney.my’s Skyscanner Tool

If you are not sure where you want to go, you can use Savemoney.my’s Skyscanner application to decide where you want to fly to within 1 year, and it can help you find the cheapest time to fly! This is especially useful if you can fly at any time of the year and want to find the cheapest dates to get to your destination. Furthermore you can use the interactive map application to pick where you want to go by just clicking on a destination and it will tell you the cheapest possible flight to fly there from your designated location. It does mean you have to be flexible on which airline to take.
Click your ‘from’ and ‘to’ locations using a map!


 Select the cheapest flights outbound and inboard flights if you are flexible on dates, using Skyscanner!


 Tip 3 – Use an associated Credit Card to the airline
Two ways you can Save Money is to use a credit card that earns you extra points or miles when purchasing a ticket. For example the Maybankard 2 American Express Credit Card gives 5x points and cashback on a weekend so always try to buy your flights on a Saturday or Sunday.
Also, some airlines charge a ‘card handling fee’ or ‘card processing fee’ for Visa, Mastercard or American Express Credit cards. To combat this, some airlines like AirAsia waives these fees if you use their BIG prepaid credit card (see link) which means you don’t have to pay this additional credit card charge. Extremely handy if you are a frequent traveller.
For more information on how to maximise your flight purchases using credit cards, take a look at our credit card article.

Tip 4 – Be careful of Travel Insurance

Protection isn’t always bad, though insurance policies sold with flights are often overpriced. Sometimes the cost of your insurance can be more than 2 or 3 times the cost of your flight so think whether you want to be covered. You could get travel insurance for a fraction of the cost elsewhere.
Beware of certain airline sites that requires your full attention in order to remove the policy. Before purchasing your credit card, always check you are paying the right amount.

Tip 5 – Avoid Seat Selection / Plan your baggage allowance

If you are not fussy about your seat, avoid paying for these ‘excess charges’ for seat selection. Some airlines can charge up to RM50 per seat booking so please be aware of these charges.
If you intend to have check in luggage, make sure you plan in advance how much you will need to check it. You may need to bring oversized items or extra kgs on your way, so make sure you book this in advance. This is because having to pay for excess baggage not included in your ticket at the airport costs more than reserving for it in advance online, even though it is the same weight and size!

Thanks to savemoney.my




HARGA TANAH DI MALAYSIA


Tidak dinafikan bahawa pelaburan hartanah merupakan antara bidang yang besar tapi boleh memenuhkan poket anda jika kena gaya. Anda boleh jadi jutawan melalui urusniaga hartanah. Kalau tidak pon beli tanah untuk buat rumah untuk diduduki selama zaman berzaman.

Maklumat ini adalah berdasarkan carian saya samada di internet mahupun di atas jalan raya atau di akhbar-akhbar juga dari mulut orang perseorangan. Sekadar perkongsian.

Mungkin anda berkira-kira untuk membeli tanah tak kira anda di mana. Di Semenanjung, Sabah atau Sarawak. Mungkin maklumat ini sedikit sebanyak blh membantu anda.

Harga tanah bergantung kepada faktor:-
  • lokasi
  • bentuk muka bumi
  • infrastruktur - bangunan dan tanaman sedia ada, jalan raya, bekalan elektrik, air
  • status geran dll
Info ukuran.

OnlineUnitConversion - Area

1 ekar = 4046.86 Meter Persegi (lebih kurang 3/4 saiz padang bola)
keluasan padang bola = 45,000 sqf
1 ekar = 43,560 Kaki Persegi



Harga tanah di Semenanjung
> lot banglo - harga antara RM35 - RM38 / sqf di sekitar Lembah Klang
satu lot banglo berukuran antara 5,000 - 10,000 sqf

Link 1 - Lot Banglo di Sungai Merab, Bangi

Gambar di bawah adalah iklan lot banglo yang terdapat di Sg. Merab, Bangi. Diambil pada 5 Jan 2011.

> Cth kes:
  1. Tanah status pertanian di Bangi dijual pada harga RM23 / sqf. 1 ekar = RM1 juta
  2. Tanah status pertanian di Semenyih dijual pada harga RM260,000 / ekar
  3. Info pada 9 Jan 2011. Tanah status industri di Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai Negeri Sembilan dijual pada RM28 / sqf.
  4. Info pada 11 Jan 2011. Tanah status pertanian di Sg. Merab Bangi dijual pada harga RM360,000 / ekar. Iklan seperti di sebelah. 
  5. Info pada 16 Jan 2011. Tanah pertanian di Jalan Sg. Lalang, Semenyih dijual pada harga RM70,000 / ekar. Mempunyai tanaman kelapa sawit yang dah tidak mendatangkan hasil lagi.
  6. Maklumat harga tanah di kawasan Hulu Langat. Klik disini .
 

 Iklan-iklan jual tanah di Bt 18 Hulu Langat, Selangor

7. Info pada 20 Jan 2011. Tanah di Jalan Broga Semenyih, berdekatan jalan utama dijual pada harga RM2.4j utk keluasan sebanyak 3 ekar.
8. Info pada 20 Jan 2011. Tanah Rizab Melayu di Hulu Langat dijual pada harga RM700,000 untuk keluasan sebanyak 5 ekar.
9. Info pada 22 Feb 2011. Tanah tepi Lebuhraya KL-Seremban berhampiran hentian Nilai dijual pada harga RM350,000 per ekar.
10. Info pada 27 Jun 2011. Rujuk gambar di bawah. Lokasi : Sg Merab Bangi
 


      Harga tanah di Sabah
      > Cth kes:
      1. dijual pada harga RM22,000 / ekar - mempunyai tanaman Kelapa Sawit. lokasi tidak dinyatakan.
      2. dijual pada harga RM10 juta. 2.5 ekar. Tanah komersial. mempunyai rumah kedai. lokasi Bt. 8, Sandakan.
      3. dijual pada harga RM25,000 / ekar. Lokasi Bt. 30 jalan Lahad Datu-Tawau. Tanaman sedia ada kelapa sawit.
      4. dijual pada harga RM11,500 / ekar. lokasi Beaufort Sabah. Tanah pertanian. tiada tanaman. 99-thn leasehold.
      5. dijual pada harga RM1.95 juta. keluasan 2.57 ekar. Tanah industri. Lokasi Lok Kawi
      6. Lokasi berdekatan dengan bandaraya Kota Kinabalu. RM26,000 ke RM30,000/ ekar. Tanaman sedia ada - kelapa sawit.
      7. Dijual pada harga RM40,000 / ekar. Lokasi Kg. Gombizau, Matunggong Kudat. Berdekatan dengan Industri Madu Lebah (Honey Bee Farm). Mempunyai geran tanah. Tanah pertanian / kampung.
      Harga tanah di Sarawak
      > Cth kes:
      1. dijual pada harga RM3,000 / ekar - Lokasi Ulu Pasai, Bt Tanggi, Sibu (> 30km dari bandar Sibu). Status tanah - premium tidak dibayar
      -------------------------------------------------------------------------------------------
      IKLAN-IKLAN JUAL TANAH

      Gambar diambil pada 11 Jan 2011 di Bangi

       Gambar diambil pada 01 Jul 2011

      ______________________________________________________________________
      Nota:
      • Maklumat ini akan diupdate dari semasa ke semasa. Sesiapa yang ada maklumat bolehlah dikongsikan bersama.
      • utk pengetahuan, status tanah pertanian boleh di tukar ke tanah komersial
      Link-link yang boleh dirujuk:
      http://hartanah-semasa.blogspot.com/ - Hartanah Semasa: INFO
      http://www.drumah.com/- Rumah Di Malaysia Hartanah Jual Beli Rumah Terkini
      www.hartanahkelantan.com/ - Promosi Hartanah Kelantan - Home


      Bahaya Gegaran Otak di Kalangan Kanak-Kanak

       Gegaran otak atau konkusi merupakan trauma tisu-tisu dalam otak. Akibat trauma, otak di dalam tempurung kepala bergegar dan menganggu fungsi otak. Gangguan bersifat sementara tapi gegaran kedua boleh mengakibatkan gangguan serius dan kecederaan kekal.

      Antara tanda-tanda konkusi:
      • Pengsan sekejap
      • Kebingungan
      • Hilang ingatan sekejap
      • Mata terkebil-kebil dan tiada respon sekejap
      • Hilang koordinasi
      • Perubahan sikap
      Sindrom Gegaran Bayi
      Bayi yang berumur kurang 18 bulan mempunyai ubun-ubun kepala yang lembut dan risiko kecederaan tempurung kepala tinggi berbanding kanak-kanak dewasa. Di samping itu kepala bayi juga umumnya lebih besar dan berat daripada badannya. Penggunaan buaian tidak digalakkan kerana mendedahkan bayi kepada risiko jatuh atau hayunan dan henjutan yang kuat boleh mengakibatkan gegaran otak. Harus diawasi bayi yang berada dibuaian apatah lagi jika ada kanak-kanak lain yang lebih besar berada di sisi seperti abang atau kakak kepada bayi tersebut yang cenderung untuk mengusik atau membuli adiknya.

      Penggunaan walker juga tidak digalakkan kerana mendedahkan bayi tersebut kepada risiko jatuh dan terhantuk. Kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan walker tidak mempercepatkan kanak-kanak untuk berjalan.
      Jika kanak-kanak jatuh dan pengsan segeralah berjumpa dengan doktor. Apatah lagi jika ia mengalami kecederaan.

      Konkusi Kanak-Kanak
      Kanak-kanak yang lebih besar berisiko untuk mendapatkan kecederaan kepala ketika bermain di taman atau padang permainan seperti terjatuh daripada basikal, terhantuk atau tergelincir ketika melompat, atau terkena objek balingan. Biasakan kanak-kanak untuk memakai topi keselamatan terutama ketika menunggang basikal.
      Berdasarkan kajian Persatuan Neurologi Amerika, terdapat beberapa tahap konkusi atau akibat gegaran otak.

      Tahap Pertama - kebingunan dalam tempoh 15 minit. Peringkat ini kanak-kanak tersebut tidak pengsan atau hilang kesedaran. Hanya perlu merehatkan kanak-kanak tersebut daripada terus bermain sehinggalah pulih sepenuhnya. Jika tidak pulih selepas 15 minit, segeralah berjumpa dengan doktor.

      Tahap Kedua dan Ketiga - melibatkan kebingungan melebihi 15 minit atau pengsan. Kanak-kanak tersebut adalah dilarang sama sekali meneruskan permainan. Segera berjumpa dan dapatkan nasihat doktor. Langkah ini penting untuk mencegah daripada berlaku sindrom impak kedua yang merbahaya. Sindrom kedua berlaku bila berlaku gegaran berulang kali dan menyebabkan kecederaan otak secara kumulatif.

      Sindrom Selepas Konkusi
      Sindrom Selepas Konkusi atau Post-concussion Syndrome boleh berlaku selepas gegaran otak. Boleh berterusan selama beberapa hari, minggu atau bulan. Sejumlah 15%-50% kanak-kanak yang mengalami konkusi akan mengalami sindrom ini. Namun, pengesanan sindrom ini di kalangan kanak-kanak yang lebih kecil lebih rumit kerana mereka tidak pandai memberitahu tanda-tanda sindrom ini.
      Dalam konteks perubatan, berikut adalah sindrom selepas konkusi:-
      • Sakit kepala
      • Pening
      • Mudah letih
      • Mudah Marah
      • Emosi yang tidak stabil
      • Tidak mampu menghadapi tekanan atau stress
      • Susah untuk tidur
      • Gangguan ingatan
      • Gangguan tumpuan
      Kanak-kanak yang mengalami konkusi biasanya akan menjalani imbasan otak atau CT Scan untuk memastikan tiada kederaan otak yang serius atau pendarahan otak. Ubat penahan sakit mungkin akan diberikan. Jika sindrom berterusan, perlu dirujuk kepada Pakar Neurologi atau Psikologi Kanak-Kanak. Kebiasaanya akan pulih kurang dari 3 bulan.

      Wednesday, 19 January 2011

      FREE COUPON WORTH USD200

      Hi guys,
      I have a coupon worth USD200 received from Orbitz.com. This is not a fake coupon, it is real. I am dealing with Orbitz.com for flight ticket arrangement for my colleagues currently doing job in overseas.

      The coupon validity as stated below:-

      Coupon: $200 off a qualifying "flight + hotel" vacation package
      Promo code: @XKTB47Q4VYWAO65P7U&
      Minimum nights: 6
      Discount by 31/01/11 for travel between 04/01/11 and
      15/04/11 (no blackouts, even during holidays)!

      How to redeem:
      - Go to Orbitz.com vacation package page, and look for the "I have a promotion code" field on the right.
      - Enter the promotion code, applicable dates and destination.
      - Click "Find" and look for the COUPON icon to spot qualifying vacation packages.

      Promotion codes may only be redeemed once.

      If anybody there to travel overseas you can use this coupon with purchasing from Orbitz.com

      Be the first to redeem it. First come first serve. Hurry!!!

      Serviced Apartment in Bangkok



      WarunKhanit Serviced Apartment

      To those who want to visit Bangkok or for just transit, this serviced apartment is very suitable, easy to access and price is reasonable. All you need is just call them or book it online. Click Here.
      For info, the owner is local Siamese but can speak Malay and English.

      Saturday, 15 January 2011

      Aikk!! Kereta Polis pon kena saman daa...


      Waktu saya pegi ke JPN Putrajaya pada awal bulan ni, mcm tak percaya bila kereta polis pon kena saman oleh Pihak Perbadanan Putrajaya. Urmm... tabik pada pihak berkuasa tempatan kerana tiada double standard dalam menjalankan tugas..

      Wednesday, 12 January 2011

      Experience on Claiming an Insurance of eTiQa | Personal Accident

      Just want to share regarding this issue.
      I've submitted a claim to eTiQa on 24 Dec 2010 due to accident occurred on me while in overseas, precisely in Turkmenistan. And wallaaa... on the 4 Jan 2011, the cheque was out from eTiQa . I expect that the processing will takes at least one month or more.

      Thanks to eTiQa ... keep the good works and strengthen your image for the nation.

      ;-D

      Tuesday, 11 January 2011

      AirFare Promotion Link

      Book Cheap Flights on CheapOair.com and save up to 65% on all flights. Book Now !

      Bayar Teksi dengan Kad ATM | Pay Taxi with ATM Card

      Pengusaha teksi di Malaysia khususnya di Lembah Klang semakin canggih...
      Rupa-rupanya dah ada teksi yang menerima Kad ATM sebagai kaedah pembayaran. Mereka menggunakan mobile terminal yang dihubungkan dengan capaian internet atau akses kepada server MEPS.
      Gambar di bawah adalah teksi yang berkenaan. Gambar diambil di LCCT pada 9 Jan 2011.



      Namun, disebalik kecanggihan ini ada jugak komplain berasas daripada orang perseorangan atau pelancong yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan teksi di Malaysia. Sila rujuk link di bawah:
      http://warkah.com/malaysia-taxi-worst-in-the-world/
      Pebaiki yang kurang dan mantapkan yang baik!

      Link to Malaysia Taxi
      http://www.taxi.com.my/default.asp
      http://www.mycen.com.my/malaysia/taxi.html
      http://www.taxi-lcct.com/
      http://www.malaysia.alloexpat.com/malaysia_information/taxi_malaysia.php
      http://www.sunlighttaxi.com/
      http://www.expat.com.my/xtaxicab.htm
      http://www.travelportal.info/asia/malaysia/transport-in-malaysia

      Pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat di KIA | AirAsia Skidded

      Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia terbabas ke tepi landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) malam semalam.

      Untuk berita lanjut... klik di sini

      Monday, 10 January 2011

      Nasib baik aku tak kena langgar

      KLIA Limo ni tak tahu pasal apa boleh terbabas.
      Hati-hati bawak kereta braderr!!...

      Terima Kasih Boss!!

      Takda apa pon..
      saja nak hepi-hepi sket sebab dapat phone baru dari company.
      BlackBerry Curve 3G 9300. Papon tu tandanya komitment untuk company makin bertambah. Kerja makin banyak. Buat  kerja pon on-the-go. 24/7.

      Terima kasih boss!

      Sunday, 9 January 2011

      Public Phone punya fasal

      Setelah bertahun-tahun tak pakai public phone, hari ni terpaksalah menggunakannya setelah handphone kehabisan bateri. Kebetulan ada temujanji dengan kawan kat Taman Segar Cheras.
      Namun amat mendukacitakan apabila hanya pondok telephone yang ke-6 barulah jumpa yang baik dan berfungsi. Penat jugaklah meround satu kawasan kedai kat Taman Segar tu. Dahlah kaki sakit akibat kemalangan dilanggar kereta. Yang herannya, kenapa tidak ada maintenance untuk pondok-pondok telefon yang telah rosak. 
      Memang tidak dinafikan dah makin ramai orang yang pakai telefon bimbit sekarang tapi takkan pelabur kepada public phone hanya berdiam diri dgn tidak menghiraukan aset yang dilabur.. kepada yang berkenaan sudah-sudahlah merosakkan kemudahan awam tu!!...


      BLOGGING BY MILLION, EARN BY MILLIONS

      Sekali baca tajuk tu memang sesuatu yang hebat!
      Sebenarnya ia adalah tajuk sebuah buku tulisan Laura Maya. Mungkin ada yang sudah membacanya. Kalau belum saya rekemen anda untuk membaca buku ini.


      Jika anda suka membaca dalam versi Bahasa Melayu, ianya telah ada dipasaran dengan judul...


      "Bagaimanakah Generasi Muda Menjana Pendapatan Melalui Blog, Komited Sepenuhnya Dengan Tugasan Semasa Tanpa Menganggu Kerjaya Mereka"


      Saya telah pon membeli buku ini dalam versi BM dan tak habis pon lagi membacanya. Walaupon terdapat kesalahan tatabahasa atau olahan ayat yang tak berapa baik tapi masih boleh difahami dan banyak input yang anda boleh perolehi daripada buku ini. Saya  membelinya dari kedai buku MPH dengan harga RM29.90. Invest some to get more...

      Selamat membaca!

      Friday, 7 January 2011

      CREDIT TO SMART READER KIDS TAMAN IMPIAN PUTRA BANGI

      My son started his first day for pre-school or tadika at Smart Reader Kids Taman Impian Putra Bangi last Monday 3 Jan 2011. The learning session started at 8.30am and ended at 12noon. He is 6 years old and was attended pre-school at another place before.

      Just after ended his first learning session, he told his Ummi :-
      "Ummi, abang seronoklah kat sekolah baru abang"...


      He was never said like that before. We were very happy to heard that kind of words out from his mouth. That implies that the method of learning being implement by the Smart Reader Kids is very successive. Thanks to them especially to the teachers at Smart Reader Kids Taman Impian Putra Bangi.

      Thursday, 6 January 2011

      PENGUMUMAN PENTING!! KUOTA AHB DAH NAK HABIS

      Salam sejahtera untuk semua,
      Adalah diberitahu bahawa Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang telah dilancarkan dua bulan lepas dengan dana sebanyak RM1 bilion dah nak habis. Maklumat diperolehi pada pagi ini 6 Jan 2011. Kepada sesiapa yang berhajat untuk membeli saham amanah tersebut segeralah ke mana-mana cawangan Maybank yang berhampiran dengan anda.

      SELAMAT MELABUR!

      Wednesday, 5 January 2011

      TIPS MENSTABILKAN CAPAIAN MOBILE BROADBAND ANDA


      Tidak dinafikan lagi bahawa mobile broadband tersangatlah popular pada hari ini. Namun, di sesetengah kawasan capaian mungkin tidak stabil atau dalam kata lain ianya selalu drop. Ini disebabkan oleh coverage data di kawasan itu yang selalu berubah-ubah dari EDGE ke 3G ke HSDPA dan sebaliknya.

      Saya nak kongsi satu tips yang mungkin berguna untuk anda. Kalau pon tidak menstabilkan sepenuhnya capaian broadband anda tetapi sekurang-kurangnya peralihan daripada peringkat-peringkat data seperti yang saya sebutkan tadi tidaklah terlalu kerap dan mungkin menganggu anda. Ini kerana perubahan dari satu level ke satu level akan memutuskan talian anda. Contohnya dari EDGE ke 3G, apabila peralihan berlaku maka akan terputuslah capaian internet buat sementara waktu. Mungkin selama beberapa minit atau berminit-minit.

      Tips yang saya maksudkan ialah dengan mengekalkan kedudukan network anda. Tetapi sebelum itu anda perlulah memantau terlebih dahulu capaian yang anda rasa lebih stabil dan kebiasannya kita akan dapati bahawa capaian EDGE akan lebih stabil apabila berlaku peralihan yang kerap daripada EDGE ke 3G ke HSDPA. Kalau tidak pon anda perlulah mencuba mana-mana jenis network terlebih dahulu.


      Gambarajah di atas menunjukkan jenis-jenis network yang anda boleh pilih. Maka dalam situasi capaian yang tidak begitu stabil bagi 3G dan HSDPA maka bolehlah anda kekalkan kedudukan capaian pada peringkat GPRS/EDGE sahaja.

      Selamat mencuba!


      Tuesday, 4 January 2011

      NILAI FACEBOOK MELONJAK KEPADA RM153 bilion

      New York, 3 Jan 2011
      Nilai Facebook melonjak kepada RM153 bilion apabila Goldman Sachs dan pelabur lain menawarkan dana sebanyak RM6 bilion.
      Nilai baru Facebook ini melebihi nilai Time Warner dan Yahoo dan hampir dua kali ganda nilai Google semasa tawaran umum (IPO) pada tahun 2004.

      Berita selanjutnya...

      TAHUKAH ANDA : PENGGUNA INTERNET BERBAHASA CINA MELEBIHI PENGGUNA INTERNET DALAM BAHASA INGGERIS

      Statistik terbaru menunjukkan bahawa 450 juta pengguna internet di China melayar website berbahasa Cina. Jumlah ini melebihi satu per tiga daripada populasi di tanah besar China itu sendiri.
      Manakala pengguna internet di Amerika Syarikat hanya pada tahap separuh daripada jumlah tersebut.
      Walau bagaimanapun, lebih daripada 60,000 laman web telah di senaraikan sebagai laman yang berunsur negatif atau mendatangkan kemudaratan dari aspek politik. Manakala website seperti Facebook, YouTube dan Twitter masih berfungsi tetapi pada tahap yang minima (off-limit) dan sering dipantau oleh pihak kerajaan.
      Para pengkaji meramalkan bahawa kurang daripada lima tahun bahasa Cina akan melonjak sebagai bahasa yang paling popular di internet.