Antara tanda-tanda konkusi:
- Pengsan sekejap
- Kebingungan
- Hilang ingatan sekejap
- Mata terkebil-kebil dan tiada respon sekejap
- Hilang koordinasi
- Perubahan sikap
Bayi yang berumur kurang 18 bulan mempunyai ubun-ubun kepala yang lembut dan risiko kecederaan tempurung kepala tinggi berbanding kanak-kanak dewasa. Di samping itu kepala bayi juga umumnya lebih besar dan berat daripada badannya. Penggunaan buaian tidak digalakkan kerana mendedahkan bayi kepada risiko jatuh atau hayunan dan henjutan yang kuat boleh mengakibatkan gegaran otak. Harus diawasi bayi yang berada dibuaian apatah lagi jika ada kanak-kanak lain yang lebih besar berada di sisi seperti abang atau kakak kepada bayi tersebut yang cenderung untuk mengusik atau membuli adiknya.
Penggunaan walker juga tidak digalakkan kerana mendedahkan bayi tersebut kepada risiko jatuh dan terhantuk. Kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan walker tidak mempercepatkan kanak-kanak untuk berjalan.
Jika kanak-kanak jatuh dan pengsan segeralah berjumpa dengan doktor. Apatah lagi jika ia mengalami kecederaan.
Konkusi Kanak-Kanak
Kanak-kanak yang lebih besar berisiko untuk mendapatkan kecederaan kepala ketika bermain di taman atau padang permainan seperti terjatuh daripada basikal, terhantuk atau tergelincir ketika melompat, atau terkena objek balingan. Biasakan kanak-kanak untuk memakai topi keselamatan terutama ketika menunggang basikal.
Berdasarkan kajian Persatuan Neurologi Amerika, terdapat beberapa tahap konkusi atau akibat gegaran otak.
Tahap Pertama - kebingunan dalam tempoh 15 minit. Peringkat ini kanak-kanak tersebut tidak pengsan atau hilang kesedaran. Hanya perlu merehatkan kanak-kanak tersebut daripada terus bermain sehinggalah pulih sepenuhnya. Jika tidak pulih selepas 15 minit, segeralah berjumpa dengan doktor.
Tahap Kedua dan Ketiga - melibatkan kebingungan melebihi 15 minit atau pengsan. Kanak-kanak tersebut adalah dilarang sama sekali meneruskan permainan. Segera berjumpa dan dapatkan nasihat doktor. Langkah ini penting untuk mencegah daripada berlaku sindrom impak kedua yang merbahaya. Sindrom kedua berlaku bila berlaku gegaran berulang kali dan menyebabkan kecederaan otak secara kumulatif.
Sindrom Selepas Konkusi
Sindrom Selepas Konkusi atau Post-concussion Syndrome boleh berlaku selepas gegaran otak. Boleh berterusan selama beberapa hari, minggu atau bulan. Sejumlah 15%-50% kanak-kanak yang mengalami konkusi akan mengalami sindrom ini. Namun, pengesanan sindrom ini di kalangan kanak-kanak yang lebih kecil lebih rumit kerana mereka tidak pandai memberitahu tanda-tanda sindrom ini.
Dalam konteks perubatan, berikut adalah sindrom selepas konkusi:-
- Sakit kepala
- Pening
- Mudah letih
- Mudah Marah
- Emosi yang tidak stabil
- Tidak mampu menghadapi tekanan atau stress
- Susah untuk tidur
- Gangguan ingatan
- Gangguan tumpuan
Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Insurans plc wakil. Kami menawarkan pinjaman kepada kadar bayaran balik 3%. Ini (CEO) hubungi kami jika anda berminat alamat e-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
ReplyDeleteAiicco insurans plc mengambil hanya dibenarkan mendaftar lebih umur 20.
Pelaburan Pinjaman Peribadi.
Pinjaman harta Pelaburan.
Pinjaman penyatuan.
Pembinaan Pinjaman.
Pilih satu atau pembayaran-tahun.
Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
Terma pinjaman yang fleksibel.
Tiada pinjaman sehingga untuk Tahun EUR 5000 8000.000.00.
Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Jude GERAD bugün.SR Kami Pelaburan plc: Jawapan hendaklah dihantar Namakan. E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com