Wednesday, 5 January 2011

TIPS MENSTABILKAN CAPAIAN MOBILE BROADBAND ANDA


Tidak dinafikan lagi bahawa mobile broadband tersangatlah popular pada hari ini. Namun, di sesetengah kawasan capaian mungkin tidak stabil atau dalam kata lain ianya selalu drop. Ini disebabkan oleh coverage data di kawasan itu yang selalu berubah-ubah dari EDGE ke 3G ke HSDPA dan sebaliknya.

Saya nak kongsi satu tips yang mungkin berguna untuk anda. Kalau pon tidak menstabilkan sepenuhnya capaian broadband anda tetapi sekurang-kurangnya peralihan daripada peringkat-peringkat data seperti yang saya sebutkan tadi tidaklah terlalu kerap dan mungkin menganggu anda. Ini kerana perubahan dari satu level ke satu level akan memutuskan talian anda. Contohnya dari EDGE ke 3G, apabila peralihan berlaku maka akan terputuslah capaian internet buat sementara waktu. Mungkin selama beberapa minit atau berminit-minit.

Tips yang saya maksudkan ialah dengan mengekalkan kedudukan network anda. Tetapi sebelum itu anda perlulah memantau terlebih dahulu capaian yang anda rasa lebih stabil dan kebiasannya kita akan dapati bahawa capaian EDGE akan lebih stabil apabila berlaku peralihan yang kerap daripada EDGE ke 3G ke HSDPA. Kalau tidak pon anda perlulah mencuba mana-mana jenis network terlebih dahulu.


Gambarajah di atas menunjukkan jenis-jenis network yang anda boleh pilih. Maka dalam situasi capaian yang tidak begitu stabil bagi 3G dan HSDPA maka bolehlah anda kekalkan kedudukan capaian pada peringkat GPRS/EDGE sahaja.

Selamat mencuba!


1 comment:

  1. Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Insurans plc wakil. Kami menawarkan pinjaman kepada kadar bayaran balik 3%. Ini (CEO) hubungi kami jika anda berminat alamat e-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
    Aiicco insurans plc mengambil hanya dibenarkan mendaftar lebih umur 20.
    Pelaburan Pinjaman Peribadi.
    Pinjaman harta Pelaburan.
    Pinjaman penyatuan.
    Pembinaan Pinjaman.
    Pilih satu atau pembayaran-tahun.
    Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
    Terma pinjaman yang fleksibel.
    Tiada pinjaman sehingga untuk Tahun EUR 5000 8000.000.00.
    Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Jude GERAD bugün.SR Kami Pelaburan plc: Jawapan hendaklah dihantar Namakan. E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com

    ReplyDelete